Sunday 8 May 2011

Jangan ada benci...

Assalamualaikum [-O<


Entri kali ini aku nak bercerita..huhu :D
Jom baca kisah dibawah :




Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.


Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:


"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".


Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan
mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri
isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir...


"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.


Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".


Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat
sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah
sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah
diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun
daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ..."


Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...


P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.


Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...


"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita
dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah
sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."


p/s: sumber dari petua-petua dan tips :)

6 comments:

Anonymous said...

sob..sob...

fana.akim said...

muhasabah diri ke en.anonymous :)

cikida said...

yup2,,betol 2..seharusnya kita melihat dulu atas diri sendiri sebelum membuat tafsiran terhadap org lain..hurm,,sedihh kalau jdi situasi cmni kt dri sendri..huhu..jom muhasabah dri..=) thnks..

fana.akim said...

Cikida: btol2 tiada yang sempurna.tahnks for reading :)

norzillawatie binti zahidin said...

folo u tau. folo me gak

cik wanie Lovela (CWL) said...

(T-T)

 
Images by Freepik