Wednesday, 8 June 2011

Review Gastrik

Assalamualaikum [-O<


Gastrik!OMGee..Oke aku dah rasa dah macam mana sakitnya..seriously amat sakit sampai pedih ulu hati aku.Semalam sampai terguling² kot aku kat katil sensorang menahan sakit.Tapi sempat juga aku habiskan cerita Nora Elena ..;)).Haish, nak kata aku tak makan..ermm,aku makan even, sikit pun kira makan la juga kan..Tapi itu lah ,kalau benda dah nak kena,tak boleh nak kata apa lagi la kan:-<Housmate aku dah dok tarik² dah aku pergi klinik..aku pulak meronta² sambil hentak² kaki (tipu) taknak pergi..Erk,dalam fikiran aku,alah kejap lagi okelah kot..takda hal lah beb..:-j.Kejap lagi hamik kau..masuk bilik tahan sakit,nak jalan pun sakit..tak boleh nak tegakkan badan..bila jalan terbongkok² dah macam nenek tua daa..haish..:-<


Ok,kalau korang nak tau mengenai info gastrik dengan lebih lanjut jom kita review pembacaan aku di sihat selalu :


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidrolik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berkali apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik(terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.Jika orang mengadu sakit perot ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan,ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa

* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya)
dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Antara orang yang berisiko :


#Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah # Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa) # Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

Jom elakkan dengan gaya ihidup sihat!

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing









8 comments:

Mars Mell-o said...

visit u back and follow u :)

iedaurora said...

tc oke... singgah & trus follow..

aswadz said...

baguih info nih...

armouris said...

lagi info tentang gastrik di SIHAT SELALU - Tanda dan Rawatan Gastrik

dollie_craft92 said...

herm..same Laar ng sy...sy pown der gstrik gal..skit glew Un??tersiksa un??tp Saboo jew Ar..da pnat da nak g ozpital..mam ubt..haduihhh..:) hope kamuu ok eak...

Cik Farah said...

ada gastrik eyh? jangan lambat makan tau syg! tc! :)

ros said...

singgahbalas ya..

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

dollie:sakit sangat..sob..sob..thanks gurl!

cik farah : huhu..yolah :(

ros: thanks for visit :p..keep in touch yaa..

 
Images by Freepik