Tuesday 18 October 2011

Opps! nak jaga tepi kain or dalam kain orang?

Assalamualaikum[-O<

Mesti korang semua sudah sedia maklum dengan berita kanak-kanak dilenyek dengan kenderaan sebanyak 2 kali tanpa dihiraukan oleh orang awam yang berlaku di China.Haishh, mesti korang semua geram kan bila tengok video tuh?:-whuh! sama lah macam aku.Pada siapa yang tak sanggup tengok video itu, meh aku bagi sinopsis sikit>:/ : -

Video youtube Seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun terlepas dari jagaan ibubapa dan merayau tanpa tujuan telah dilanggar oleh sebuah lori di china. Lori itu kemudiannya melenyek perut kanak-kanak itu dengan tayar depan. Lori itu berhenti seketika dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan mengakibatkan tayar belakang lori itu pula melenyek kanak2 itu..Yang sedihnya seramai 18 orang hanya lalu lalang sahaja sambil melihat kanak2 itu tanpa berbuat apa-apa.Akhirnya seorang pemuda yang sedang membuang sampah mengalihkan kanak-kanak tersebut ke tepi jalan dan kemudiannya sebuah kenderaan lain berhenti dengan seorang perempuan mengangkat kanak-kanak itu dan menghantar ke hospital..Keadaan kanak-kanak itu dikatakan koma dan ibu bapa budak itu mengesali kejadian kanak-kanak dibiarkan




Well, aku pun tak pasti lah kehidupan masyarakat jenis apa mereka ini.Buat tak endah dengan benda yang berlaku di sekeliling8-|.Masyarakat yang tak mengambil tahu langsung ini layak ke sebenarnya dipanggil kehidupan bermasyarakat?Macam duduk dalam hutan adalah kan and lebih baik duduk dalam hutan pun kot~:>.Haishh, langsung tak ada sifat perikemanusiaan langsung! Aku yang tengok pun terasa ngeri, inikan pula kalau ada depan mata macam itu.Syukur Alhamdulilah..[-O<aku rasa rakyat Malaysia masih lagi mempunyai sifat belas kasihan dan adat-adat kemelayuan yang susah dibantu, yang tua dihormati and masih lagi kekal.Mungkin tidak pada sebilangan orang.Tapi aku yakin majoritinya masih lagi ada nilai murni seperti itu.

Orang selalu kata, jangan jaga tepi kain orang, tapi pada aku, that word tak lagi relevan pada masa kini.Mungkin pada sesetengah situasi masih lagi relevan tapi takkan lah kalau orang masuk nak merompak jiran kita pun kita buat tak tau je kan:-/.Di Malaysia, kehidupan berjiran terutama di bandar besar tidak menuntut mereka untuk mengetahui perihal jiran mereka sendiri,mungkin mereka ada alasan yang kukuh iaitu sibuk bekerja siang dan malam langsung tidak jumpa matahari.Tapi, at least aku rasa walau sesibuk mana pun kita bekerja, perlu lah ambil tahu juga dengan siapa kita berjiran dengan niat bukanlah nak menyibuk tapi just turut sama mengambil bahagian dalam kehidpan bermasyarakat.Tak salah aku rasa..Setuju tak??:-?

Negara semakin membangun, pemikiran pun kenalah membangun juga :)>-





5 comments:

ShahzCudin said...

tu la..xslh mengambil tahu ttg org2 sekeliling..byk faedahnya klo idup bermasyarakat trutama klo susah..sedeh jgk la tgk kejadian dlm vid tu plus bayi kena kelar oleh bdk 16 thaun..

fana.akim said...

Shahz | ermm..betul tuh tak rugi ape pun sebenarnya..ermm, haishh..

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Memang masih ada sifat kejiranan ni kat negara kita..tapu jumlahnya sedikit je sekarang.

P/S..kemajuan pemikiran bagi mereka dgn tak usah ambil peduli hal org lain..manusia kini takut dicop sebagai penyebuk.

Cik tikah said...

teruk betul dorang ni. x kesah jer. aish...

einz said...

kalo tak silap....undang2 kat negara china...sape yg nak tolong die la akan dikenakan tndakan..maknanye...lau cth owg lain langgar n awk nak tlg....pastu awk akan kena brtanggungjawab pd mangsa spt bayar bil perubatan dsb....undang2 kat sana kejam sikit....sbb tu yg nmpk buat tak tau jek....

 
Images by Freepik