Monday, 3 October 2011

Jerawat oh Jerawat!

Assalamualaikum semua!![-O<

Bangun pagi² dengan keadaan yang mamai² lagi aku terus pergi ke cermin tengok muka aku yang berserabai(:|.Kejap lagi,:-O omaigott!! JERAWAT!!:((..Adoii, besar lak aii, jerawat batu lah nih kott:-/.Pulak tuh kedudukan nya adalah betul² di pipi dan juga atas bibir bawah hidung..Korang dapat bayangkan tak??dapat tak??amaaaayeeyy!!Kalau kat tempat lain aku taklah histeria sangat, tapi bila kena kat tempat yang dinyatakan itu mula lah muka aku jadi :-S.Macam badut je aku rasa:(.Arghh!! tak kisahlah, :-j syukur alhamdulilah[-O< muka aku nih masih dkurniakan sempurna..baru dapat jerawat dah meroyan8-}..haishh, orang lain lagi macam mana dugaan nya tau tak! ** Marah diri sendiri X(kau patut bersyukur Fana!:-w**Oke!muhasabah diri sekejap:( Alhamdulilah..syukur..[-O<

So, pagi ni aku reviewlah serba sedikit mengenai jerawat.Jom follow aku review mengenai jerawat nih apa yang fakta and apa yang auta tentang jerawat>:/

| Betul ke kalau cuci muka selalu boleh hilangkan jerawat?|

Jawapan | Salah! Jerawat sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kotoran.Sebaliknya dinding pori² yang saling menempel jauh di dalam kulitlah yang menyebabkan jerawat.Kekerapan korang mencuci muka akan menyebabkan kulit iritasi dan merangsang kulit untuk menjadi lebih berminyak dan seterusnya menyebabkan jerawat.;))

| Kalau picit jerawat mesti hilangkan?|

Jawapan| Memang benar jerawat akan hilang..tetapi ianya akan meninggalkan kesan pada kulit wajah korang.Seterusnya, bila korang memicit dan memaksa jerawat tuh pecah, bakteria pada jerawat akan mudah tersebar pada bahagian lain terutama apabila korang gunakkan tangan..haishh#-o

| Makan kacang atau coklat boleh buat tumbuh jerawat ke?|

Jawapan| Sehingga ke hari ini, tiada penelitian yang boleh mengaitkan jerawat dengan makanan.So, kalau korang nak makan kacang or coklat sekali pun makan lah..ianya tidak mempengaruhi pun..nyum..nyum..=P~

| Jerawat pada orang² muda je ke?|

Jawapan| Sebenarnya,pada usia remaja hormon dalam tubuh banyak mengalami perubahan.Oleh sebab itulah jerawat sering muncul pada usia remaja.Namun timbulnya jerawat bukanlah disebabkan oleh faktor hormon semata² tetapi juga dipengaruhi oleh faktor kebersihan diri, pola makanan, dan juga lain².Ia juga bukanlah tertumpu hanya pada remaja, malah pada makcik²,pakcik²,atuk²,nenek²:D

|Jerawat hanya ada kat muka je kan? |

Jawapan| Taklah, jerawat ini sebenarnya boleh terjadi bukan sahaja pada kulit muka korang, malah pada badan pun boleh ada juga tau.Kalau tak caya, cuba korang tengok kat badan korang sendiri.Jangan suruh aku tengok pulak dah lah..:|

| Jerawat hanya masalah kecantikkan semata² |

Jawapan| Jerawat sebenarnya mempengaruhi perasaan korang terhadap diri sendiri.Kalau korang tak atasinya dengan betul berkemungkinan ianya akan menjadi lebih teruk.Apa yang korang perlu lakukan adalah banyak² kan bersabar dengan jerawat:)>-.Jangan gatal tangan nak picit² jerawat sebab ianya akan meninggalkan kesan.Nanti jadi tak cantik.Sekarang ini pun, dah banyak dah produk di pasaran yang boleh mengatasi masalah jerawat nih.TAPI! hah besau tapi aku tuh..korang kenalah beware dengan produk² yang dijual itu.Bukannya apa, kadang² kulit muka kita ini berbeza² dan tak semua orang boleh memakai produk yang sama.Produk yang korang beli or pakai itu mestilah sesuai dengan kulit muka korang barulah berkesan:)>-.

::Hah!korang nampak bakteria yang menempel kat muka aku?:-B::

::Malu lah ada jerawat:"/>::

Okelah bai :D/




19 comments:

.kozue. said...

nasib lah kita memang tak ada masalah jerawat, cuma muka berminyak je. sob3 !

abah khalisha said...

nasib baik muka abah bukan jenis yang ada jerawat..alhamdulillah

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

kozue| nak wat acane?dah terkena..sob..sob..

abah| huhu..bak petua sikit..:p

Hidayati said...

Jerawat memang menyusahkan dan boleh mempengaruhi perasaan seseorang. mamy pulak bila dah tumbuh jerawat semuka tu maknanya nak period. Bila dah abih period, muka pon bersih. Yang penting jaga kebersihan kulit muka, jangan suka sentuh kulit muka ngan tangan kita sal tangan kita ni banyak bakteria & jangan lupa pakai krim muka yang bersesuaian.

Saiazuan said...

jgn bnyk tgk crmin.. orng ckp klu slalu tgk crmin, lg bnyk muka berjerawat.. huhu

ctk said...

jerawat2 pon still cOmeyy..hehe

apik pehe said...

comey jerawat dio..hihi

Botak said...

guna kertas pasir paling kasar untuk melicinkan muka., takpun gunakan clorox sebagai pencuci muka., insyaallah muka bersih berseri.. :P

noraauliyya said...

umm tp ta leh thn law jerawat tu ada . mmg na picit lah .

aleen aiden said...

hee,berdoalah jerawat tu cepat hilang k. ;P

Zul Fattah said...

lepas habis tempoh remaja ni, x de r jerawat tu.. ko biar je.. jgan buat ape2 pun.. ni lumrah alam la.

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

Hidayati | ermm..dah lepas mase dah..tak tau camne leh jadi :(

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

saiazuan | erk?aku tgk cermin bile nak g keje je ngan malam nak tido..hoho..

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

ctk | erk?comey ke lau dah ade jerawat nie..adess..dik oii

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

apek| ko perli aku ea..:((

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

Botak | hahha..siot ko..cett

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

noura | ermm..tau takpe, geram jee..isshhhh

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

aleen | mmg berdoa jelah..adess..sakit lak tuh

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

erk | ermm..tp tgn aku nih gatal nak picit2 :( adess..ermm,skang nih dah berkurang sikit dah..huhu

 
Images by Freepik