Friday 7 October 2011

Kematian Steve Jobs and Review | produk keluaran Apple

Assalamualaikum[-O<

Korang mesti ada dengar kan berita tentang kematian Steve Jobs tuh.Emm, korang kenal kan3?..jangan kata tak kenal pulak!:-w.Barang² Apple yang korang pakai tuh siapa lagi kalau bukan idea Steve Jobs. Pengasas Apple dan jenama seperti Apple iPhone,iPod iMac, dan iTunes itu meninggal dunia hari ini setelah menderita lama penyakit kanser pankreas dan meninggal dunia pada usia 56 tahun (1955-2011).

"Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve.” - Laman Web Apple, Inc hari ini

Sebelum itu, Steve telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif (Kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah) dan digantikan dengan Tim Cook yang telah pun mempersembahkan iPhone 4S beberapa hari lepas di ibu pejabat syarikat itu iaitu di Cupertino,California.

Menurut satu sumber, Steve telah membuka syarikat Apple bersama dengan kawannya, Stve Wozniak pada akhir tahun 1970-an yang diperkenalkan dengan nama syarikat komputer Apple I .Selepas beberapa tahun ianya ditukar pula dengan Apple II dan menjadi syarikat gergasi komputer yang terkenal pada tahun 1980-an seterusnya menjadikan Steve salah seorang jutawan terkenal di Amerika Syarikat.


Oke, sekarang jom kita review antara 10 produk yang telah dikuasai oleh Steve Jobs :

1. Apple I (1976) - Komputer yang ditujukan untuk para pehobi dan engineer ini merupakan produk Apple pertama, tetapi produksinya terbatas. Produk ini dirancang oleh Steve Wozniak, dan Jobs bertugas mencari pendanaan sekaligus mengatur pemasarannya.


2. Apple II (1977) - Merupakan salah satu produk personal computer pertama yang berjaya. Apple II dirancang untuk dipasarkan secara menyeluruh, tidak hanya ditujukan untuk engineer atau peminat komputer (enthusiast). Gaya desain Steve Wozniak masih kental untuk produk ini. Apple II terusdipasarkan hingga tahun 1993 dan kemampuannya terus ditingkatkan.


3. Komputer Next (1989) - Setelah sempat "ditendang" dari Apple, Jobs mendirikan sebuah perusahaan yang memasarkan komputer workstation berkekuatan hebat. Perusahaan ini gagal menjualnya dalam jumlah besar, tetapi Next selalu dikenang karena merupakan komputer pertama di dunia yang memiliki web browser. Penggunaannya menjadi basis web browser yang ada di sistem operasi Macintosh dan iPhone hingga saat ini.
4. Lisa (1993) - Kunjungan ke pusat riset Xerox Corp di Palo Alto menginspirasi Jobs untuk memulai projek komputer komersial pertama dengan user interface grafik, yang menggunakan simbol ikon, Windows, dan cursor yang dikendalikan oleh mouse. Inilah yang menjadi dasar dari antara komputer saat ini. Akan tetapi, Lisa masih terlalu mahal untuk berjaya di pasaran.


5. Macintosh (1994) - Macintosh memiliki perisian yang sama dengan Lisa. Namun, Macintosh lebih murah dan cepat serta disokong dengan promosi penjualan yang sangat lancar. Atas sebab itu, pengguna mula menyedari mudahnya penggunaan komputer dengan adanya perisian grafik. Inilah yang mengawal era desktop publishing, iaitu dengan memadupadankan mesin Mac dan printer laser.


6. iMac (1998) - Saat Jobs kembali pada tahun 1996, Apple sedang "tenggelam" seiring dengan menurunnya pasaran PC. Design radikal iMac menjadi langkah pertama yang mengangkat Apple dari tenggelam. Design sedemikian rupa mirip dengan sebuah gelembung (bubble) dengan bahan plastik berwarna biru yang di dalamnya terdapat monitor dan komputer dalam satu kesatuan. iMac sangat mudah digunakan dan menyedarkan orang ramai betapa bergunanya teknologi internet. Tidak hanya itu, iMac membuat ramai orang menginginkannya sebagai komputer rumah pertama mereka.


7. iPod (2001) - gadget ini bukan hanya pemain muzik digital pertama yang dilengkapi hard drive, tetapi ini merupakan gadget pertama yang berjaya. Ekspedisi Apple ke arah peringkat elektronik portabel ini membawa pengaruh yang sangat luas. Kejayaan iPod membuka jalan untuk mempersiapkan music store iTunes dan iPhone.


8. iTunes Store (2003) - Sebelum iTunes Store ada, untuk membeli muzik digital merupakan hal yang sangat menrumitkan. Tokoh muzik digital Apple hadir dengan membawa segala kemudahan dan koleksi album muzik dari berbagai label. Pada tahun 2008, iTunes menjadi retailer muzik terbesar di Amerika Syarikat.


9. iPhone (2007) - Smartphone milik Apple ini menghadirkan pengalaman yang sama dengan apa yang ada di Macintosh untuk personal computing dengan kelebihan, iaitu sebuah smartphone yang sangat mudah digunakan. Saat ini Apple telah menjelma menjadi vendor pembuat telefon paling untung di seluruh dunia. Tak hanya itu, iPhone menjadi dasar dari semua smartphone yang ada saat ini.

10. iPad (2010) - Sebelum iPad hadir, banyak perusahaan termasuk Apple telah membuat komputer tablet, tetapi tiada satu pun yang berjaya. Akhirnya iPad yang mengubah perspektif sebuah komputer tablet serta menambah sebuah kategori baru dalam penggunaan komputer.


( Sumber : Biografi tokoh-tokoh dunia )

Bagi peminat Steve Jobs, dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Steve Jobs, korang boleh lah dapatkan buku “Steve Jobs: A Biography” setebal 448 muka surat.Penulisnya adalah bekas penulis majalah Time, Walter Isaacson dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Simon & Schuster.Buku biografi tersebut memuatkan kira² 40 temuramah bersama Steve Jobs dalam tempoh dua tahun, selain turut memuatkan temuramah bersama kira² 100 ahli keluargannya yang terdekat, rakan dan juga pesaing beliau.< rujuk Amazon.com>

oke, nampaknya setakat ini sahaja revie mengenai Steve Jobs.Hope info ini berguna untuk korang oke :D

Okelah bai..@};-






4 comments:

liyana mohamad said...

Da baca pasal ni td..waa, siap information pasal keluaran Apple nyer sekali..hehhehe

ctk said...

gila r....kamu pemint apple ke..hehe...tp siyes....ciptaan dia tu memang hebat...syukur la dia dapat idea2 dr tuhan..tp lg bes lau dy dpt mati dalm islam kan.. :D

fana.akim said...

ctk | itu yg sebaiknya..huhu..pas nih nak up review pasal tokoh islamic plak..keep follow my entry oke :)

p/s: erk?minat mmg minat..tapi satu produk dye takde pon beli..mahal sgt..huhu

Botak said...

tak pernah puas pakai barang apple ni., yang terlebih puas power mac g5 je., tu pun pakcik punya., hahahaha..

 
Images by Freepik