Wednesday 19 October 2011

Perkahwinan serentak

Assalamualaikum[-O<

Korang pernah dengar tak orang cakap adik beradik tak boleh berkahwin dalam tahun yang sama?Mesti pernah kan, bagi yang tak pernah mesti first time korang dengar benda ini sama macam aku..hehe;))

Semalam housemate aku tanya dengan aku "memang tak boleh ke kalau adik beradik kahwin serentak iaiti pada tahun yang sama?"Terkedu juga aku, mak aihh tiba-tiba je dia smash aku tanya soalan macam itu.Well, aku pun tak lah pakar and arif sangat dalam bab-bab macam ini.Lagi lah kalau iainya berkaitan dengan hukum-hukum dalam Islam.Tapi, apa yang boleh aku tolong korang dalam persoalan macam ini adalah dengan rujukan di bawah: -

Soalan: -Nenek tidak setuju adik beradik kahwin pada tahun yang sama

TERDAPAT sedikit keraguan yang menyelubungi pemikiran saya dan saudara perempuan saya sekarang ini. Buat pengetahuan Dr, saya dan adik perempuan bercadang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. Namun mendapat halangan daripada nenek yang berpendapat saudara perempuan tidak boleh bernikah dalam tahun hijrah yang sama. Kami terkejut mendengar penjelasan nenek kerana tidak pernah mendengar pendapat sebegitu sebelum ini. Sekarang saya tidak tahu kepada siapa harus kami rujuk perkara ini. Adakah hal berkenaan dipraktikkan dalam Islam atau ia hanya sekadar adat yang dijunjung oleh orang lama? INSAN KELIRU, Kedah

Jawapan oleh Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri, Harian Metro:

SEBENARNYA Islam tidak menghalang majlis perkahwinan pada tahun yang sama atau pada hari yang sama antara adik-beradik perempuan. Pendapat yang melarang seperti itu berkemungkinan hanya adat dan sepatutnya diubah berdasarkan aturan agama. Bagaimanapun, sebagai anak perempuan, anda hendaklah mengikut ketentuan yang ditetapkan wali anda, iaitu ayah sendiri seperti tarikh dan juga pasangan.
Keluarga pula sepatutnya mempercepatkan tarikh pernikahan anak gadis mereka yang sudah ada pasangan. Melewat-lewatkan tarikh pernikahan hanya menyeksa perasaan mereka dan boleh membawa kepada perkara maksiat sekiranya tidak dikawal. Tujuan Islam adalah untuk mewujudkan institusi keluarga yang baru sedapat yang mungkin. Ini jelas apabila Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dapat menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hah, tak cukup lagi meh aku bagi lagi satu petikan dari forum:

::click untuk tumbesaran::

Ini ada satu lagi soal jawab yang aku ambil : -

Soalan

Assalammualaikum Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah,
Saya ada masalah tentang perkahwinan serentak di antara adik beradik di
dalam satu majlis yang sama. Masalahnya ialah Ibu dan Ayah saya ingin
mengahwinkan saya dan adik saya di dalam satu majlis yang sama. Tetapi
tidak dipersetujui oleh keluarga sebelah perempuan di mana mereka percaya
kepada bala yang akan menimpa kepada pasangan adik beradik yang berkahwin
serentak. Walaupun saya tahu tiada hukum di dalam Islam dan tiada
kesalahan di dalam syarak perkahwinan serentak ini. Masalah saya di sini
ialah bagaimana hendak menerangkan kepada mereka tentang hukum Islam dan
adat. Soalan saya adalah seperti berikut:


1) Apakah hukumnya percaya kepada bala di atas, dan takut pada bala
tersebut?


2) Apakah kelebihan di dalam Islam perkahwinan yang dilakukan secara
serentak serta hukumnya.


3) Apakah hukumnya mempercayai adat yang bertentangan dengan ajaran Islam?


4) Adakah contoh2 tokoh Islam yang melakukan perkahwinan serentak?


Saya sangat berharap Tuan/Puan/Ustaz/Ustaz/Ustazah dapat memberikan
jawapan ini dengan tepat kerana ini dapat membantu saya membuktikan serta
mengukuhkan hujah saya kepada bakal Ibu dan bapa mertua saya kelak. Jika
masalah ini tidak disangkal ia akan menyentuh sensitiviti di antara ibu
dan bapa saya. Bantuan daripada Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah amat saya hargai
dan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Wassalam

Jawapan

1. Hukum mempercayai bala sedemikian adalah syirik dan berdosa.


2. Kelebihan kahwin serentak ialah menjimatkan masa, tenaga dan kewangan
keluarga.


3. mempercayai adat sedemikian adalah satu khurafat dan ia bertentangan
dengan ajaran Islam.Allah S.W.T. sahaja yang Berkuasa memberikan sesuatu
bala bukan dengan sebab dilakukan perkahwinan serentak.


4.Tidak ada tokoh-tokoh Islam yang melakukan perkahwinan serentak, tetapi
ada diadakan majlis perkahwinan beramai-ramai sepertimana yang dianjurkan
oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber :- laman ini

So, secara kesimpulannya, korang judge sendiri oke.Aku tak lah pandai sangat nak cakap.Just bagi korang laluan merujuk sahaja :)
p/s: Untuk lebih faham and yakin lebih baik kita tanya dengan yang pakar:)>-.Korang pun maybe lebih arif daripada aku kan3..cer bagi pendapat sikit..

Yang buruk itu datang dari aku, yang baik itu datang dari ALLAH [-O<




7 comments:

Tomadicci said...

btol laaa tu kdg2 adat melampaui agama.. ish..ish..ish...

♛RaRa♛ said...

info yang menarik..:)

apek poyo said...

wooo..dak tu dah ado tarikh laaa..ekekekek

NER said...

mmg sgt menjimatkan.kawan saya pun buat cmni sbb husband dia br kerja so sgt jimat la.yang penting selesaikan hukum dlu

khairul akmal bin azman said...

yes!


hukum hakam diutamakan
baru bende yg lain...


biarlah pkhwinan kita perkara yg plg mgembirkn

Botak said...

susah hidup ni kalau ikut adat sangat..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wah, info berguna. yep yg penting hukum kan?!

 
Images by Freepik