Monday, 14 November 2011

Ajinamoto oh Ajinamoto..

Assalamualaikum[-O<


Ermm...sedapnya=P~.Korang dah lunch ke belum?;)).


Mesti korang terliur liur lah bila tengok gambar kat atas ini;)).Tapi, korang tahu tak?apa kandungan makanan yang korang makan tuh?:-/.Mesti tak kan?Ialah takkan lah nak tanya pulak tukang masak kat kedai mamak yang korang selalu pergi tuh kan:-j.Bukan apa pun,aku just nak share satu ilmu dengan korang mengenai AJINAMOTO.Alah, bende alah yang untuk masak tuh..:-j.Hah!Tahukah korang sebenarnya mengenai khasiat AJINAMOTO ini?khasiat ke????:-w

Untuk pengetahuan korang,AJINAMOTO yang digunakan dalam masakkan korang itu adalah sangat merbahaya.Aku ulang ok, SANGAT MERBAHAYA!korang faham kan?:-w.Kenapa aku cakap bahaya sebab :-

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi Persatuan Barah Kebangsaan Jepun tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Maksudnya, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Buktinya, kita tidak pernah melihat rancangan masakan di televisyen yang menyelitkan MSG dalam resepi mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan MSG bukanlah satu kemestian, sebaliknya hidangan yang lazat dan menyelerakan bergantung pada kemampuan dan kemahiran memasak seseorang itu sendiri.

Oleh itu, berjaga-jaga lah kawan-kawanku sekalian..Kalau boleh elakkan, lebih baik elakkan..;)).Hidup sihat kan lebih bermakna!!:D/

Babai..@};-





9 comments:

fieda said...

alamak..bahaya ni...thanks for sharing..

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

most of welcome :)

fierul said...

aduh trus lapa tgk .. sedapnye ..

aReLaN said...

makanan nye gmbr tu mmg memikat.hahaha...tp bkn ke nme dia ajinomoto ke??mksd ajinomoto tu base atau asas kpd rasa

konde said...

penyedap rasa tuh

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Rtp Farra Arisha said...

semuanya enak. iyalah, if we gonna a healthy body, haruslah sentiasa menjaga pemakanan and it must be the first in everything :')

Elie Lily said...

elie jarang masak guna ajinamoto! kat umah memang payah nk jumpa bndalah tu sebab tak beli..hee

Awan Biru said...

Guna sos tiram kalau nak rasa lagi sedap.
Pilih produk tanpa MSG.

abah khalisha said...

bahaya ni..abah ada sikit lagi ajinomoto ni..wife mmg tk guna dalam masakan. abah je selalu guna

 
Images by Freepik