Friday 18 November 2011

Bodoh pun boleh jadi pandai


Assalamualaikum[-O<

Motivasi pagi ini untuk korang!Tak semua yang bodoh itu bodoh, dan tak semua yang pandai itu pandai.Yang bodoh boleh jadi pandai dan yang pandai itu boleh jadi bodoh.Jangan memandang rendah akan kebolehan orang lain :)>-.


SERIKANDI KELAS COROT

KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara latihan sukan dan akademik.

Kamaliah yang pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata, walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

“Saya bercita-cita menjadi atlit negara dalam sukan bola jaring,” katanya.

Selain itu, katanya, keputusan yang diperoleh semalam agak mengejutkannya kerana tidak menyangka mampu memperoleh 5A berikutan dia agak lemah dalam subjek Sains.

“Sebelum ini pun saya hanya memperoleh B bagi subjek Sains. Saya tak percaya boleh dapat A,” katanya.





7 comments:

aReLaN said...

btul2.ala,klu dpt teruk upsr pn tkde la brmkna terus gagal kn.hdup msih pjg n kna teruskan.klu gagal, bangkitlah dri kegagalan itu.hehehe

En. Kronik said...

buruknye 1st pic tu.. wakakakaka

ShahzCudin said...

pepatah ada kata "usaha tangga kejayaan"

nak berjaya mmg kena usaha cuma kadar usaha tu mungkin berbeza ikut kemampuan masing2..

Zul fattah said...

Alhamdulillah, usaha itu tangga kejayaan

Abu Bagi said...

tahniah la lepada adek2 kita yg berjaya..

Unknown said...

tak kisah la kiter ni duk kelas mana..yang penting ..hati

DzuLagiL said...

teruskan usaha yg baik..!

 
Images by Freepik