Thursday, 17 November 2011

Borang bantuan isi rumah RM500 percuma

Assalamualaikum[-O<

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan kepada pemohon Program Bantuan RM500 yang diumumkan kerajaan ketika membentangkan Bajet 2012 agar tidak terpedaya dengan sindiket pendaftaran permohonan bantuan palsu.
Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, berkata pihak yang tidak bertanggungjawab mula mengedar malah menjual borang permohonan palsu sedangkan borang permohonan sebenar masih belum dikeluarkan lagi dan pendaftaran adalah percuma.
“Borang permohonan Program Bantuan RM500 itu dalam proses akhir penyediaan dan akan diedar ke semua Pejabat LHDN seluruh negara serta boleh dimuat naik di laman sesawang rasmi LHDNM sebaik siap.

“Mekanisme pengagihan bantuan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan dan setakat ini kami belum melantik mana-mana pihak bagi urusan pendaftaran permohonan bantuan RM500 ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

LHDN berharap penjelasan ini dapat membantu orang ramai daripada terpedaya oleh sebarang sindiket penipuan yang berkaitan dan LHDN juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung orang ramai akibat penipuan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 memperuntukkan RM500 bagi setiap isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.
Untuk menuntut wang ini, mereka perlu mengisi borang yang boleh didapati di pejabat LHDN. – BERNAMA


Kepada yang diluar sana Jangan tertipu sindiket daftar palsu![-X

babai@};-




5 comments:

Pezol Stylez said...

baru nak mintak bantuan....belum ada yer....xpe2..tunggu ni

Azmie said...

byk procedur lah... =)

abah khalisha said...

abah leh appy tk??hehhehe..skrg gaji tinggi pun mana cukup..huhuuhuhu

[PCL] said...

blm isi brg lagi..nk jg tu..gaji kecik biasa la kan..

yusuflaili said...

salam;
sebenarnya bagi ke tak nak bagi ni?..nampak mcm bersyarat je.!!.

 
Images by Freepik