Tuesday 8 November 2011

Disleksia dalam Taare zameen par


Assalamualaikum[-O<

Korang ada tengok tak cerita hindustan last week?:-?.Alah cerita Hindustan kat tv3 tuh:-j.Tajuk dia Taare zameen parL-).Fuhh, memang tiptop lah cerita ini.Cerita arahan Aamir Khan sendiri ini memang tak sia2 lah, sebab banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari sebuah kehidupan seorang kanak-kanak yang bernama Ishaan lakonan darsheel safary;)).


Mengisahkan seorang kanak-kanak Ishaan yang selalu dimarahi dan diejek oleh kawan-kawannya kerana tidak membaca dan menulis.Oleh kerana sikapnya yang dianggap malas belajar oleh bapanya maka dengan itu, Ishaan telah dihantar ke sekolah berasrama.Di sekolah tersebut, Ishaan masih lagi gagal untuk menguasai pembelajaran seperti kanak-kanak lain dan masih lagi dianggap malas, bodoh.Ishaan juga telah berubah menjadi seorang yang pendiam.Dalam masa yang sama, guru seni Ishaan melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan tempatnya diganti oleh guru yang bernama Ram Shankar Nikumbh lakonan Aamir Khan.Melihat kepada Ishaan dia seolah-olah melihat dirinya sendiri dan berusaha untuk membantu Ishaan agar tidak terus hanyut dengan masalah yang dihadapi nya iaitu disleksia.Berjaya kah Nikumbh mengubah Ishaan?Hah..korang tengoklah sendiri ye;))

Setelah aku buat review mengenai masalah Disleksia ini, baru lah aku tau apa dia disleksia ini.Sebelum nih, aku tak pernah pun tahu.Jom aku nak share kat korang pulak apa yang aku dapat tahu mengenai disleksia >:/

Apa itu Disleksia??

Satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,menulis,mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.Disleksia juga bukanlah disebabkan kecerdasan lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.


Siapa yang mengalaminya?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak


Jenis disleksia??

Disleksia boleh dibahgikan kepada 3 bahagian:-

Disleksia Visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.Simbol-simblo perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan.Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagia perkataan adalah secara terbalik

Disleksia Auditori (Pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan.Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.Masalah untuk membezakan bunyi vocal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.

Disleksia Visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA

Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

  • Mengeja
  • Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

    m – w y –g – j u – n m – n
    c – e p – q h – n b – d

  • Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

    t – h f – v

  • Membaca
    • Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;

    Batu – tuba Gula - lagu

    • Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;

    pada masa yang sama – dapa masa yang masa

    • Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

    Jam – jem cat - cat

  • Menulis
    • Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
    • Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
  • Bercakap dan mendengar
  • Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
  • Nombor
    • Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;

3 – 5 - 8 9 - 6

  • Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
  • Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
  • Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
  • Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
Antara langkah yang boleh kita ambil untuk membantu masalah disleksia ini adalah dengan :-

  • Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
  • Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
  • Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
  • Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
  • Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
  • Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
  • Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
  • Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
  • Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
  • Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Secara kesimpulannya, setiap kekurangan itu mesti ada kelebihannya.Contoh seperti dalam cerita Hidustan tuh, walaupun Ishaan agak lambat pick-up tapi dia ada bakat dalam art.Siapa sangka usia seawal 8 tahun sudah boleh buat painting.Korang boleh??Aku pun tak boleh..;)).So, jangan asyik nak memandang rendah akan kebolehan seseorang..cermin kekurangan diri sendiri dulu wokey!!:)>-

Babai@};-

Sumber rujukan : Disleksia




6 comments:

Tomadicci said...

fuhhh.... sian bdk tu erk...

fana.akim said...

serious kesian dan sedih woo cerita dia..huhu

•♥ Myra ♥• said...

uhuuuu..mmg best cite ni. myra dh 3 kali tgk pun layan lg :D

Unknown said...

tengok gak..memang best..tapi tak sempat habis..da keluar pergi cari barang..hehee

aReLaN said...

oooo...cter ni dh tgk kt tv3 bru ni tp sekerat jela smpt tgk.mne la nk cri cter ni ek.agk2 kt utube ade tak??heheh

fana.akim said...

Myra | serius best kan..

Apik| aisehh..pegi cari barang pulok ko..ending dye best!!

arelan | boleh je..cari kat utube :)

 
Images by Freepik