Wednesday 30 November 2011

Kesan memakai kasut tumit tinggi

Assalamualaikum[-O<


Cantik tak?erk??aku tanya pasal kasut ok!bukan pasal kaki/:).Baiklah, untuk mereka yang suka or gemar sangat memakai kasut tinggi terutama perempuan la kan tapi, kalau lelaki pun kena juga amik tahu..yelah boleh juga korang nasihatkan aweks korang tentang benda yang aku nak cerita ini iaitu

KESAN MEMAKAI KASUT TINGGI!

Well, memang tak dinafikan perempuan memang suka bergaya dengan kasut tinggi walaupun ada macam-macam jenis or pattern kasut dalam dunia ini,kasut tumit tinggi ini memang menjadi salah satu tarikan perempuan.Tapi aku rasa di Asia, tarikan kasut flat or wedges lebih menjadi tarikan utama! betul tak??/:).

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” – S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Apa pendapat korang tentang statement di atas?takut tak?So, jangan buat tak endah je.Statement di atas ini adalah benar sama sekali berikutan hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki!

Bagi wanita yang mengandung pula,menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pula, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm). Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti akan beralih manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan tambahan di sebabkan oleh berat bayi yang dikandung. Pemakaian kasut tumit tinggi sudah pasti akan mengubah cara seseorang wanita yang hamil itu berjalan. Tengok!betapa risiko nya memakai kasut tumit tinggi:-S

Jom kita tengok gambar rajah di bawah >:/


::Kesan memakai kasut tumit tinggi::

Sebenarnya kesan pemakaian kasut tumit tinggi tidak hanya terhad pada kaki, tetapi tulang belakang korang juga. Ini kerana, perubahan satah tumit (sepatutnya selari dengan tanah permukaan) menyebabkan badan anda ke hadapan daripada biasa, sekaligus mampu menyebabkan sakit belakang. Selain itu, fenomena ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis ‘lari’ sedikit ke hadapan. Untuk menyeimbangkan kembali berat, anda secara semulajadi akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan, dan ini akan mengakibatkan kesakitan pada leher (semacam terkehel) apabila berlangsung untuk tempoh yang lama.

Dalam gambar rajah di atas, korang dapat lihat bagaimana kesannya apabila kita memakai kasut tumit tinggi.Semakin tinggi kasut kita maka semakin tinggi tekanan yang kita hadapi.
Malah, pemakaian kasut tumit tinggi itu sendiri bahaya memandangkan risiko untuk terseliuh akan semakin meningkat apabila ketinggian tumit kasut tersebut semakin bertambah dan meruncing seperti dalam gambar di bawah

::Kan dah malu:::

Sebenarnya tak salah kalau kita nak bergaya, tapi janganlah sampai kita menyeksa tubuh badan kita sendiri. Professor Anthony Redmond, penyelidik berkenaan podiatrist dan arthritis,menyarankan kasut yang sesuai dipakai setiap hari adalah yang berbentuk bulat mengikuti bentuk susunan jari kaki dan bukannya meruncing, dengan ketinggian tumit tidak lebih daripada 2-3cm (1 inci) dan disertakan dengan ‘absorber‘ (penyerap hentakan) untuk membantu mengurangkan hentakan pada sendi kaki mahupun lutut.

Kalau korang degil juga nak pakai kasut tumit tinggi ini, kat sini aku senaraikan tips yang berguna dari sususejat dalam memilih kasut tumit tinggi:-

1) Tumitnya tidak terlalu tinggi melampau
2) Jangan memilih kasut tumit tinggi yang hujungnya meruncing, pastikan jari kaki anda selesa.
3) Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga mampu membuatkan kaki melecet!
4) Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu 5) kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit. Boleh beli dari kedai kasut, atau boleh beli terus secara online.

Jadi kepada korang semua bukan ke mencegah itu lebih baik dari mengubati?:)>-

p/s: Kalau aku suka pakai selipar jepun je, senang;))

Babai@};-





6 comments:

Unknown said...

nasib baik abah tak pakai kasut tumit tinggi.hehehe

fana.akim said...

abah | hahaha..kalau abah nak pakai pun apa salahnya..:p

Domu-kon said...

i tgok my chinese senior pakai macam menderita je jalan... misz Domu pun xnak la cam2..cam azb jer

aReLaN said...

tulah psl.ble tgk pompuan pki high heels mcm terseksa je.nsb bek la laki2 xde pki high heels.huhuhu

ShahzCudin said...

beautiful is pain..hihi
pki kasut biasa sudah..

fana.akim said...

domu | tau takpe..sakit sebenarnya..lagi2 kalau jalan jauh..haishh..

arelan | kalau laki pakai jadi ape pulak nyah..hahaha

shahz | yeah!!love that word :)

 
Images by Freepik