Wednesday, 21 December 2011

Fenomena Pelangi

Assalamualaikum[-O<

Baiklah hari ini kita belajar tentang pelangi!!Bukan Dian Pelangi ye..tapi pelangi yang lepas hujan tuh;)).Mesti korang semua pernah tengok pelangi kan, lagi lah dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini.

Mesti ada dikalangan korang yang lupa macam mana pelangi terbentuk kan?.Hah!Meh sini aku nak refresh sikit kat korang apa cikgu sains korang ajar macam mana kejadian pelangi ini berlaku dulu;))


Untuk pengetahuan korang pelangi yang terbentuk adalah disebabkan oleh pembiasan sinar matahari oleh titisan air yang ada di atmosfera.Saat sinar matahari melalui titisan air, cahaya tersebut dibengkokkan sehingga membuat warna-warna yang ada pada cahaya tersebut terpisah.Setiap warna dibelokkan pada sudut yang berbeza, dan warna merah adalah warna yang paling terakhir dibengkokkan manakala warna ungu adalah yang pertama.Fenomena inilah yang kita lihat sebagai pelangi.


Apa yang terjadi adalah cahaya putih dibiaskan menjadi berbagai panjang gelombang cahaya yang terlihat oleh mata kita sebagai merah, jingga, kuning, hijau, biru, dan ungu. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis-garis paralel, tiap warna bernuansa dengan warna di sebelahnya. Pita ini disebut “spektrum”. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada hujung manakala ungu pula pada disisi yang lain, dan ini ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang. Ketika kita melihat pelangi, sama saja dengan ketika kita melihat spektrum. Bahkan, pelangi adalah spketrum melengkung besar yang disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari.

 gambar rajah diatas dapat kita lihat bagaimana cahaya putih melalui spektrum dan menghasilkan pelangi.


Dengan berlakunya pembiasan cahaya itu, maka jadilah ia pelangi yang mempunyai 7 warna!Korang tau kan warna pelangi ;))

Last week aku balik kampung and subahanallah aku nampak pelangi depan mata aku.Jom aku sharekan ciptaan Allah yang sangat indah ini dengan korang



Alhamdulilah..[-O<


Dapatkan iPhone 4S disini
Jumpa Pereka kereta Kia Optima Disini


Babai @};-

Sumber | Kaskus.us






3 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

penah nampak pelangi yang ada double kat langit.cantik sngat :)

Aesya Zealous said...

cantiknye pelangi!!

kita selalu duk tgk pelangi tp xtau mcm mana ia terhasil. thanks sharing

abah khalisha said...

wah cantok tu pelangi.

 
Images by Freepik