Monday 5 December 2011

Lambakan Program Realiti

Assalamualaikum [-O<


Hari ini lambakan program realiti semakin mengular di televisyen contohnya seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol,One in a Million,Mentor, Maharaja Lawak, dan yang terbaru adalah Vokal bukan sekadar rupa anjuran Media Prima.Semakin lama semakin banyak pulak program-program macam ini.Banyak pula idea pihak penganjur untuk buat program-program macam ini ek?.Tujuannya adalah tak lain tak bukan mestilah untuk mengaut keuntungan dan rating$-).Dalam masa yang sama adalah untuk melahirkan lebih banyak lagi artis-artis?Perlu ke semua tuh?Apa pendapat korang?:-/

Bagi MEDIA Prima Berhad (MPB), mereka tidak akan teragak-agak untuk memansuhkan sesebuah program dengan memberi laluan kepada program lain yang lebih menyerlah bagi menjaga reputasi stesen televisyennya. Perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan selepas majlis pengumuman program siaran rangkaian televisyen MPB 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Reputasi?Apa jatuh sangat ke kalau menganjurkan program-program yang lebih berfaedah?Bukan kah lebih baik kalau program-program realiti ini digantikan dengan program-program yang lebih memberi ilmiah.Contohnya seperti program Spell it Right! iaitu program untuk mendidik pelajar kita dalam penguasaan bahasa Inggeris.Program sebegitu sepatutnya memang patut dipuji pun.Ini tak?asyk-asyik program realiti menyanyi(:|.Langsung tak merangsang minda.Kadang-kadang aku rasa muak pulak tengok program TV sekarang ini.Bosan jadinya(:|.Kalau menang pun keluar nya satu dua album je, lepas itu entah lesap ke manaI-|

Ada satu lagi program yang aku rasa bagus untuk menguji ilmu pengetahuan kita semua iaitu Are you Smarter than Grader?Korang pernah tengok tak rancangan ini?Aku tengok program ini pun kat channel Singapore la kan.Ermm, program ini menguji tahap ilmu pengetahuan kita merangkumi geografi, alam sekitar,sains dan banyak lagi.Bagus kan?Tapi kenapa di Malaysia tak diaplikasikan?Mungkin ada faktor-faktor nya yang mungkin aku tak tahu.Mungkin la kan../:).

Tapi kalau program realiti menyanyi dapat dianjurkan kenapa tidak program ilmiah kan?Well, jawapannya mungkin ada pada pihak yang tertentu.Aku sebagai penonton, pemerhati dan rakyat hanya dapat berkongsi pendapat aku.Pendapat korang pulak macam mana?


Babai@};-



7 comments:

akuamir said...

sokong2,, banyak gila la realiti nye,, tapi tertengok juga kekandang,,hahah :)

salam kenal'''

aReLaN said...

byk sgt program n smakin rmi artis segera n mostly xde kualiti mne pon.menambah lambakan artis je.aiya...

Anum Shukri said...

Salam..Akak pun sokong..banyak sgt program realiti yang ntah apa apa tu..remaja sekarang pun suka sangat jadi artis..ada tu mak bapak pun turut terlibat..suka anak jadi artis..kalau tak boleh masuk siap nangis2 lagi..ntah lah...

Azlan Strider said...

are u smarter from 5 grader susah skit nak apply kat sini sebab rasaya soalan darjah 5 kat sini senang kot berbanding kat sana.. options soalan tak banyak..hehehe

Regards,
-Strider-

MalizaMah said...

bila byk sgt program realiti.. byk lah artis.. sana sini.. tu yg lahir artis youtube.. hihihi

program ilmiah ker.. sukan ker.. ok juga kan....
tol x???

emylase. said...

betul betul saya sokong! kejap je pastu lesap ==" sy suka rancangn sukan ^^V

Unknown said...

ya abah sokong 110%..kat Malaysia ni diorg lebih nk cari profit..so cara yang paling senang adalah melalui hiburan dan hiburan..joget jangan tak joget

 
Images by Freepik