Friday, 23 December 2011

Perbezaan http:// dan htpps://

Assalamualaikum[-O<




Kali ini aku nak bawa korang semua ke dunia IT.Sperti yang kita semua tahu, IT nih meluas dan semakin berkembang dari hari ke hari.Setiap hari, ada je benda baru kan.Kita sebagai manusia pula, semakin rakus dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini.Al-maklumlah  masing-masing taknak dianggap ketinggalan zaman kan;))
Ok, back to the topic, sekarang nih banyak sangat kes-kes yang melibatkan keselamatan profile diri kita diinternet.Hal ini sangatlah membimbangkan tak kisah lah pada yang kaya or tak kaya.So, disini aku nak share dengan korang tentang satu info yang mungkin boleh memberi info keselamatan pada korang. Jom check it out! >:/

"HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc). Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS? “S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://. Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat. Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website. Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http! Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda. Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan? Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / . Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit. 

 Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.


Gaya hidup sihat bermula disini


Babai@};-

4 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

thanks 4 sharing.
baru tau maksud sebenar huruf2 tu..ehehehe.

aleen aiden said...

waaa,ade beza rupanye.thanx bgtau! :D

Mohamad Zakwan said...

Follow me~

EastbulletdotCom said...

tu dia...! Tajuk salah.. harap perbetulkan...

Eastbullet's Blog

 
Images by Freepik