Tuesday 13 December 2011

Untuk kamu yang bergelar wanita

Assalamualaikum[-O<

Buat tatapan anda semua:)>-


Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan dan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau haruman maka ia adalah perempuan zina.

Dikahwini perempuan itu 4 perkara iaitu kerana hartanya,kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya,maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

Wanita apabila ia sembahyang 5 waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita dihari kiamat, tiada nur baginya.

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya.

Wanita yang taat pada suaminya, semua burung-burung di udara,ikan di air,malaikat di langit,matahari dan bulan semuanya beristifar kepadanya selama mana ia masih taat pada suaminya.

Mana-mana wanita yang berdiri diatas kakinya membakar roti untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan api neraka mengenai muka dan tangannya.
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga terlebih dahulu dari suaminya (1000 tahun)

Jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya,diiringi dengannya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman syurga serta dicatatkan kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian siratul-mustaqim.

Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”.Maka Allah SWT akan menghapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristifarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan baginya 1000 kejahatan

Apabila wanita mula sakit untuk bersalin,Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkan.




10 comments:

Domu-kon said...

thanks yer..nice info nie

Unknown said...

hehe..kahwin..tak sabar dah

fana.akim said...

domu | welcome dear :)

apik : hambik..merenyam hang ye..haha

cik ika said...

alangkah indahnye bila ika mampu jd wanita seperti itu...

Unknown said...

ya betul tu..abah setuju..untung kaum perempuan ni..nak masuk syurga sgt senang dan masuk neraka pun senang..tp sama juga dgn kaum lelaki tul tak??mmm

ShahzCudin said...

para wanita, take note..

SangKunang said...

untungnya jadi wanita...

kepada lelaki, jadilah pelindung yang baik untuk kaum hawa..

ikhlas dari wa, penyamun tegar
http://7penyamunbukit7.blogspot.com/

Unknown said...

hahaha..dah dikategorikan wajib kawen da si budak apik ni

Widi Dede said...

subhanallah... mulianye wanita :)


Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

zaty said...

Subhanallah..wanita mmg byk kelebihan.semoga kita menjadi wanita solehah di sisi-Nya :D

 
Images by Freepik