Monday, 16 January 2012

Usah perlekeh!

Assalamualaikum[-O<


Agaknya sudah tak relevan lagi ke perpustakaan ini??Sedih aku tengok dengan pemikiran orang-orang sebegini.Untuk pengetahuan korang Perpustakaan atau kutub khanah adalah citra korpus ilmu dan lambang intelektual sesebuah bangsa, agama dan negara yang bertamadun. Institusi ini telah lama wujud sejak ribuan tahun dulu di mana sejarah kegemilangan tamadun agung Mesir, Rom, Parsi, China, India dan sebagainya adalah seiring dengan kewibawaan serta keagungan perpustakaan. Perpustakaan terbesar dunia " The Library of Congress" di Amerika Syarikat yang memiliki jutaan koleksi keilmuan adalah inspirasi dan aspirasi sebenar dinamis perpustakaan dunia.


Walaupun dengan kepesatan teknologi maklumat kini, tapi aku rasa peranan perpustakaan ini masih lagi relevan dan tak wajar diperlekehkan! malah fungsinya telah diberi nafas baru dimana perkhidmatanmya diberi penambahbaikkan mengikut arus semasa contohnya penggunakan e-book,e-journal dan sebagainya.

Aku sangat menyokong dan tabik springggg dengan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)=D>,Prof, Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang tidak menafikan betapa pentingnya perpustakaan ini dimana dalam ucapannya dalam Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah,UUM menyebut:

"masa boleh berubah tetapi peranan perpustakaan perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan pengguna untuk mengunjunginya."Saya melihat pelbagai kaedah pembelajaran seperti perbincangan kes dan diikuti dengan semakan bagi mendapatkan bahan seperti artikel jurnal dan lain-lain bahan perlu dirujuk ke perpustakaan akhirnya.

**bagus NC UUM nih =D>

Selain itu peranan staf perpustakaan juga tak patut diperlekehkan kerana mereka jugalah bahan-bahan dicari, dikumpul, diatur dan secara tak langsung mempermudahkan pengguna merujuk bahan.Aku harap kerjaya bidang perpustakaan ini tidak dipandang sebelah mata sahaja sebab aku tahu ada dikalangan diluar sana yang menganggap kerjaya bidang perpustakaan ini hanya setakat menyusun buku!Oh tidak! sorry to say lah ye..kamu tersilap!Kami pun ada skop kerja kami sendiri.Dari step Acquisition sampailah bahan itu siap diproses sepenuhnya dan diletakkan di rak.:-

Perpustakaan mencerminkan keadaan tahap sosio ekonomi, sosial dan budaya serta taraf pendidikan negara dan masyarakat di Malaysia secara langsung. Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya menghargai ilmu pengetahuan perlu menterjemahkannya kepada pembangunan perpustakaan dan sebagai permulaan, maka setiap dari kalangan kita perlu memiliki sekurang-kurang perpustakaan peribadi di rumah dan bilik pejabat masing-masing.Membaca itu kan boleh dijadikan senjata ilmu! betul tak??



Nak melawat Perdana Foundation Library?Jom sini

Click sini dan sini juga 


Sekian@};-



3 comments:

liyana said...

Sabar je la ye...

Fana | Aqim said...

ermm..sabar jelah kan...

yad'z said...

tertubuhnya banyak wikipedia dan internet ape semua pun bermulanya dari buku2 di perpustakaan jugak.. kalau bukan dari perpustakaan, dari mana pengkaji2 tu cari maklumat ye dak? tak de dulu, tak de lah sekarang.. =)

 
Images by Freepik