Thursday 2 February 2012

Mengapa Menyambut Maulidur Rasul?

Assalamualaikum[-O<

Soal Jawab Untuk Faham Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut Maulidur Rasul.

Maka jawapannya begini :

 1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :

 فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)

 Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al A’raf 157)

 Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.

 ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ

 Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. (Surah al Ma’idah ayat 12)

 Erti “azzartumuhum” ialah “memuliakan mereka” (Tafsir Tabari, juz VI halaman 151) Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Nabi.

 2. Saya ingin menyemaikan perasaan cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada baginda. Bukankah rasuluLlah bersabda begini : “Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” (Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)

 Ahh.. bukankah kita sendiri meraikan ulang tahun kelahiran sendiri ? Ibu dan ayah. Bahkan ada pula golongan yang meraikan kelahiran ‘mujaddid’ mereka sendiri ? Jika kita sendiri pun menyambut hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir diri dan juga orang lain. Mengapa kita tidak menyambut hari kelahiran manusia agung yang pengutusannya ke muka bumi ini memberi rahmat kepada sekalian alam ?

Memetik sebahagian daripada sumber article
**Untuk article penuh sila ke website 


@};-Entri sempena Maulidur Rasul@};- 

19 comments:

syafiqa said...

dulu kt skola sambutan mmg meriah.ingat lagi...
skng mcm,kureng je kan.tgk dkt tv..
tp tp tp,kt kg best.nak sembelih2.
jemput dtg ;p

Liyana Anuar said...

nice ~~ :)

aReLaN said...

zaman skolah la paling best sambut maulud.berarak ramai2,bawak sepanduk,pakai baju melayu siap ngan sampin n songkok sambil selawat.dah besar ni tak tau la kenapa tak gi sambut.hmmm

fana.akim said...

syafiqa | sambutan maulidur rasul kat sekolah lah paling meriah dulu kan..wah kat kg syafiqa ade sembelih ke?bestnye..tq invited :)

fana.akim said...

yana | tq :)

fana.akim said...

arelan | wah..rindunye...sambutan macam tuh, tapi aku tengok sekolah zaman sekarang cam tak meriah je sambutan kan..ermm..

anakpakcikali said...

rumah saye depan sekolah rendah.nnt mesti nmpk budak2 kecik tu berarak smbil berselawat.rindu mase sye yg ade kt situ dulu :)

fana.akim said...

siti hanisah | alhamdulilah..seronok kan tengok sambutan maulidur rasul :)

Cik tikah said...

kejap je masa berlalu kan. hihi

Diari Si Froggie said...

dulu zaman sekolah semangat nak sambut kan..hehe. Perkongsian yang sangat bagus dear.. salam maulidur rasul buat semua..

fana.akim said...

Cik Tikah | Tau takpe..sedar2 je umur dah meningkat dah..huhu

fana.akim said...

Aida Omar | Zaman sekolah adalah paling best dan meriah sekali sambutan.. :)

salam maulidur Rasul juga :)

Nyue said...

salam maulidur Rasul kps semua

=)

Anonymous said...

zmn sekolah je smbut smbutan2 mcm nie.. keje skung time cuti p0n kene keje :(

Unknown said...

selamat menyambut maulidur rasul :)

Abu Bagi said...

Selamat Mengapa Menyambut Maulidur Rasul..

Daily K Pop Star said...

Do your my friends like Korean pop?
Please visit my blog Daily K Pop Star,,,,,

Qasieh Fatin said...

Salam Maulidul Rasul :) kerinduan terhadap Baginda di rasai bersama..

keluarga ale said...

assalamualaikum :)

 
Images by Freepik