Thursday 15 March 2012

Kemusykilan agama | menampal gambar di dalam rumah

Assalamualaikum[-O<

Wah..semakin lama, semakin haru aku punya blog nih:-<.Mana taknya, kemalasan menguasai diri.So, bila bukak option wirte new post je..tetibe hang kepala otak aku:-/.Erk?macam orang hilang ingatan pun ada juga..8-| huhu;))


Oklah, di kesempatan ini, aku nak share dengan korang satu persoalan yang membantu kita semua dalam pengetahuan agama.Jom kita tengok!>:/

KEMUSYKILAN AGAMA :MENAMPAL GAMBAR DI DALAM RUMAH

Apa khabar Prof, saya ada satu soalan untuk Prof. Apakah hukumnya menampal gambar di dalam rumah? Contohnya seperti gambar keluarga, pemandangan dan sebagainya.
Kiriman: Laila, Perak.

JAWAPAN:
Islam agama yang indah dan cantik kerana Allah suka kepada keindahan dan kecantikan. Oleh itu, Islam mengharuskan keindahan kesenian sama ada gambar, lukisan dan ukiran. Namun, Islam menetapkan syarat, iaitu selagi mana gambar atau lukisan itu tidak menyalahi aqidah, syarak, moral dan adab budaya kita. Sekiranya, matlamat hanya untuk perhiasan, penghayatan keindahan ciptaan Allah SWT dan pendidikan, maka ia tidak dilarang dalam Islam.

Sekiranya gambar, lukisan dan patung ukiran untuk dipuja dan disembah adalah dilarang kerana ia merupakan perbuatan syirik kepada Allah SWT. Hal ini ada dijelaskan dalam al-Quran dalam al-Anbiya’ ayat 51-54 yang bermaksud:
Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya,patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepada?.Mereka menjawab,’kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya’. Ibrahim berkata:”Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan”.

Ayat ini menjelaskan bahawa patung-patung ukiran atau gambar dan lukisan yang dicipta yang dijadikan sembahan adalah haram dan mereka yang melakukannya berada dalam kesesatan. Pengharaman ini disebut juga dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari yang bermaksud:

Sesiapa yang menggambarkan sesuatu gambaran,maka mereka akan diazab di hari kiamat sehingga mereka dapat meniupkan ruh, tetapi mereka tidak akan dapat meniupkan ruh tersebut.

Dalam konteks hari ini, gambar, lukisan atau perhiasan yang tidak dijadikan bahan pujaan dan sembahan serta gambar yang tidak melanggar moral, akhlak dan adab budaya adalah diharuskan. Oleh itu, saudari tidak perlu risau sekiranya gambar, lukisan dan perhiasan sekadar untuk kesenian dan tidak melanggar ketetapan syarak. Malah, sekiranya dengan gambar pemandangan boleh menambahkan keimanan dan memberi pendidikan akan kebesaran ciptaan Allah, maka amat digalakkan.

Jawapan disediakan oleh Prof Madya Dr.Fariza Md Sham (Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
 


So, sudah jelas sekarang kan.Diharap info ini berguna untuk korang..sama-sama kita mempelajarinya ok! ;))


Kalau suka boleh click sini

Terima kasih,Datang lagi:D/



1 comment:

Anonymous said...

terdpt kemusykilan..
zmn sekolah dulu, klu muskil leh la tnye ustazah.. dah abis sek tahu nk tnye sape :(

 
Images by Freepik