Wednesday, 15 May 2013

Jaga perilaku kelak memakan diri

Assalamualaikum[-O<

Hai guys! cuaca sekarang ini makin tak menentu kan..batuk aku ini pun tak hilang-hilang lagi sejak dari minggu lepas..Mula-mula Taqim demam kejap lagi virus dia tuh singgah pulak kat aku.Cett! kena jugak tempias! nampak sangat antibodi tak kuat..adoiyaii..Now demam dah okay and suara pulak buat aku jiwa kacau..:((Kalau serak macam ella takpe la jugak!ini serak macam orang tercekik biji durian..omaii..Takpelah..hope tak berlarutan..doakan aku sihat-sihat aje okay kengkawan..hiks!;))

Okay lah sebenarnya aku nak cerita satu benda kat korang..saje nak tambah ilmu pengetahuan..Al-maklumla..aku ini takdelah banyak kerja sangat itu yang aku godeh-godeh tenet dan baca satu article ini and now nak share pulak dengan korang.

Korang tau apa itu SKMM.Hah!macam pernah dengar kan..tapi tak tau apa ke benda la menatang tuh.Well!it's not menatang its satu badan berkanun yang tibuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 berkuatkuasa pada 1November 1998 dan ianya tertakluk kepada arahan dasar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.L-).SKMM ini juga mengawal selia industri berdasarkan 3 akta:-

1.Akta komunikasi dan multimedia 1988
2.Akta perkhidmatan Pos 1991
3.Akta tandatangan digital 1997

Hah!kenapa pulak la benda ini sibuk ditubuhkan..apa la sangat functionnya..(:|Well! korang jangan pandang sebelah mata je tau! sebenarnya akta macam ini la yang akan melindungi korang yang facebookers,blogger, and segala jenis macam yang "gerr..gerr" lagi la kan daripada teranaiaya mengikut akta komunikasi dan multimedia.Dunia makin maju, manusia pulak makin advanced..ada jelahh benda yang nak dibuatnya..kata-kata pulak semakin tajam sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah berkata or menaip sesuatu yang mungkin boleh membawa maksud yang tersendiri..tak kisahlah kalau ayat gurau or betul sekali pun..once kalau korang dah tulis, taip,haa..senang-senang je boleh jadi bahan bukti.L-).So..jaga-jaga..ada yang memerhatiii Kiahhh oiii..L-)

Back to Akta komunikasi dan multimedia 1988 ini terdapat dua peruntukkan dibawahnya iaitu :

Seksyen 211 : Larangan terhadap pemberian kandungan jelik.Tidak boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,mendera,mengugut atau menggangu mana-mana orang
 Hah! kalau buat jugak..akibatnya korang akan

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan
boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Seksyen 233 : penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain iaitu :-
seseorang secara sedar 
(a)memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang atau
(b)membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan seperti di (a) adalah melakukan suatu kesalahan

Dan kalau buat jugak...
# didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan
# boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Hah! nak tau apa kesalahan-kesalahan nya lagi..jom cekitout!!


 * click pic untuk membesar

Korang pun aku rasa sedia maklum dah dengan macam-macam kes yang melibatkan media sosial ini kan..alah selalu benauu lah keluar kat tv tuh..takkan la tak pernah dengo jemah oii..:-j

So, aku nasihatkan dan ingatkan pada diri aku dan korang juga..jagalah perilaku korang..and aku harap entri-entri or post-post or status-status aku yang lepas-lepas tak menguris perasaan korang..just fun dengan dunia teknologi sekarang okay guys!!

Chill!!
p/s: sumber

2 comments:

Mustaqim Zahid said...

perhhh.... berhati2 laa klu nk anta msg erk...

Fana Aqim said...

erk..baikkk..tuan! :)

 
Images by Freepik