Sunday 15 September 2013

Resepi : Kek Oreo Tiramisu

Assalamualaikum[-O<

Owh great! i'm off for 4 days!! oyeah!!! It's time to balik kampung!Gila tak seronok dapat balik kampung sendiri..hehe..;))Time raya hari tuh, pun dapat balik kampung 3 hari je kat Johor and 3 hari lagi kat Negeri Sembilan..ok fair la tuh kan..huhu;)) 

Aku cuti 4 hari ini pun sebab Taqim tak ada, outstation Singapore.Tapi more to bersukan la kan sebab dia ada friendly dengan kementerian Singapore.So, di kesempatan inilah aku balik kampung!! yeah!! suka bebenar la kan aku..hehe;)).Mula-mula nak drive tapi, Taqim tak bagi sebab bahaya katanya aku drive sorang-sorang dari KL-JB.Dahlah aku ini cepat mengantuk.. elak apa-apa jadi je la kan.Aku baru plan nak singgah UTM Johor jumpa dengan kawan-kawan lama..tapi, nak buat macam mana suami sayang aku lebih..ahakz! .

Ok, bila tak ada "kaki" mean kereta aktiviti aku adalah terperuk kat rumah macam beruk,(macam jela.)So, bila dah teperok tuh bosan pun datang..and mood tido tuh melampau-lampau jadinya..macam kena ubat tidur pon ada jugak gayanya..asyiklaaa membuto jo koje aku.Ermm, takpelah dah namanya pun cuti kan.. REST sudaaa.. huhu.

So, kebetulan on 7 September time aku cuti tu, birthday adik aku(secound last sis) and my plan is buat kek! buat kek biasa-biasa je la..tak ada la nak havoc buat kek rainbow bagai. Lagipun birthday girl pun bukan ada kat rumah, jauh nun di Muadzam belajar . Post picture jela kat dia..:)>-

So, Tadaaaa..inilah hasilnya..>:D<

Kek Oreo Tiramisu!

Nak resepi??Well, aku bukannya terror sangat pon nak bagi tapi tak apa lah, aku copy paste je resepi orang then share kat korang.. boleh gitu?hehe;))

Bahan-bahan:

  • 1 biji kek pandan (boleh juga kalau nak kek lain)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe, jangan buh gula plak)
  • serbuk oreo (buang krim dlm biskut dan hancurkan)
Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian(aku potong 2 bahagian)
  5. potong kek ikut saiz gelas
  6. tuang sedikit air nescafe dlm piring, cukup utk tekap kek depan blkg.
  7. letak kek chifon tersebut dalam gelas
  8. letak adunan cream+cheese tadi atas kek (suka hati nak letak byk mana)
  9. tapis serbuk oreo atas lapisan ckream cheese td
  10. ulang balik step no 5 sampai abis.
  11. atas sekali mesti lah cream cheese dan serbuk oreo. hias sesuka hati.
  12. sejukkan selama 4 jam.
 credit to : amerislovely
So, selamat mencuba la ye:)>-

 Jumpa lagi.. xoxo:x



8 comments:

Tinta Lana said...

Salam.

Fana..fana guna whipping cream n cream cheese jnama apa ya? hehehe

Nak buat juga.. kek pandan tu..kek yg mcmna? kek biasa yg salu jual kt supermarket pun boleh kan?

fana.akim said...

wasalam.

sorry late reply lana..
fana guna whipping cream anchor je
cheese pulak guna philadelphia
kek pandan tuh apa2 je pon boleh..kek span..

tryla buat senang je and sedap!hehe

Tomadicci said...

klu jual ni bpe rege ni... blh pm best price....

fana.akim said...

hoho.. kalau nak beli, kne beli banyak-banyak.. takleh satu dua je..hehe

Unknown said...

Salam sis . Nk tnya klau whipping crea dgn gula halus tu gnti dgn susu pekat blh x ?

fana.akim said...

wasalam.Hai yana

owh tak pernah cuba pulak guna susu pekat tapi macam pelik pulak nanti jadinya.. huhu..

Unknown said...

Oh ok2 . Lg satu nk tnya klau kek pandan tu sesuai ka tekap dgn nescafe ?

fana.akim said...

yana : owh ok je.. tapi jangan curah banyak sangat nanti dia lembik and nescafe tuh sebagai tambahan perisa je.. :)

 
Images by Freepik