Thursday, 23 February 2017

Hidup Kita

Hidup kita;

Kadang-kadang kita terbang. Kadang-kadang kita berjalan. Kadang-kadang kita menyusur. Kadang-kadang kita tak nak buat apa pun. Nak baring terlantar sahaja.

Ada masa kita seronok sangat. Ada masa kita sedih sangat. Ada masa kita boleh beli apa saja kita tengok dari luar cermin kedai. Ada masa kita duk diam sampai makan pun kena catu.

Diri kita;

Kadang-kadang kita rasa iman kita kuat sangat sampai semua benda kita buat pun kerana Allah. Nak buat itu ini didahulu dengan Bismillah. Disadung tak jatuh. Ditunjal tak kalih. Kadang-kadang ada satu masa tu kita lupa langsung ke Dia. Kadang-kadang bila orang buat kita marah, kita mampu letak tepi, taknak fikir dan boleh gelak-gelak. Kadang-kadang orang tak buat kita marah pun, kita rasa nak marah sebab mood turun naik entah kenapa.

Ada saat-saat kita rasa nak jadi baik. Ada juga saat kita rasa jadi baik pun tak guna. Ada saat kita tak peduli buruk baik dah. Kita langgar semua. Ada masa semua benda yang lalu depan kita, kita anggap yang elok-elok sahaja. Ada masa perkara yang tak wujud pun kita rasa macam ada-ada saja. Ada masa kita jadi manusia yang kita tak ingin jadi pun. Ada masa kita tersedar, kita patah balik semula.

Kita tak selalu baik. Tak selalu pula jahat. Sekali berjumpa waktu kita tengah baik, orang akan anggap kita baik. Nasib tak baik kalau orang lain jumpa kita waktu sedang hangin satu badan, sampai bila-bila dia ingat kita sejenis baran. Kadang-kadang kita yang rabun tertinggal cermin mata, berjalan dengan mata kabur. Berselisih senyum, kita tak nampak untuk membalas; selamanya orang kata kita sombong. Kita tahu air terbentuk mengikut bekasnya. Tapi kenapa kita masih fikir bentuk itu akan kekal walau duduknya dalam bekas yang selalu berbeza?

Orang yang tak suka, akan pandang yang buruk sahaja. Orang yang benci, benda baik pun dia pusing jadi buruk juga. Orang yang suka, buruk semua dia tak rasa. Orang yang faham, akan tahu naik turun manusia semua lebih kurang sama. Tapi yang betul betul terima kadang baik kadang buruk kita, hanya yang betul-betul cinta sayangkan kita. 








Kredit : perempuan Jomblo

Wednesday, 28 September 2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali ke -2 (2016)

Assalamualaikum.

Tarikh : 2- 4 Ogos 2016
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Cerita basi tapi sayang nak buang.
Pelajaran banyak yang boleh diambil.
Pengalaman pula boleh jadi kenangan.
Ok lets cekidout!


Nama Kumpulan | First Eleven
Universiti | Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Tajuk Projek | Kesukaran Menampal Nombor Panggilan pada buku pelbagai ciri fizikal

Kami bersama dengan satu lagi kumpulan D-MEDIC mewakili UPNM bagi KIK peringkat Universiti Awam kali ke - 2.

Tempat kami bertanding

Tempat menginap di Lela Homestay.Not bad juga homestay dia..semua equipment ada..mesin basuh ada, peti sejuk ada, and yang paling penting iron pun ada.. :))
First eleven with D-Medic group.

Penat tunggu giliran..duduk lepak-lepak dulu.. tapi dalam hati :-SS

Gadis-gadis.. Opss, sorang je yang gadiss.. (Hujung belakang):x

Haa.. inilah muka lega after buat persembahan.. fuhh.. legaa habiss.. #:-S



Malam tuh kita orang makan besar.. tapi meja jelah yang besar.
hahaha makan nye macam biasa je.:-j


Keesokkannya kita jalan-jalan pusing Kuala Terengganu.. :D/

Malamnya tuh, ada dinner untuk keputusan bagi pemenang..Haa, time ni tengah dup dap tunggu keputusan.. :-S
Dan akhirnya kemenangan tidak berpihak pada kami.Mungkin belum rezeki lagi..Tapi sekalung tahniah diucapkan kepada team D-Medic sebab berjaya dapat Anugerah Khas Juri. =D>.Bukan senang nak dapat ni..=D>
Bergambar kenangan dengan trofi dan sijil penyertaan. Walaupun tewas untuk merangkul apa-apa anugerah, tapi kami tetap bersyukur dapat penarafan bintang Perak.Ok laa kann.. nak sampai ke tahap camni pun susah separuh nafas dibuatnya.. :-<



 -Tamat -


Wednesday, 9 March 2016

Gerhana Matahari

Assalamualaikum[-O<

          Gerhana matahari adalah salah satu fenomena yang jarang berlaku, dan untuk tahun ini, ia boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia pada pagi tadi 9 Mac 2016 . Di Malaysia, kita hanya akan dapat melihat gerhana matahari separa sahaja, sementara mereka yang berada di Sumatra, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik boleh melihat gerhana matahari penuh.
Ok, Gerhana matahari ini sebenarnya berlaku apabila bulan melalui antara matahari dan bumi  dan membuatkan matahari tertutup dan hanya sebahagian sahaja yang kelihatan. Kejadian ini boleh dikatakan sangat jarang berlaku.
Gerhana
Di Malaysia, gerhana matahari separa ini boleh dilihat antara pukul 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi tadi. Kali terakhir rakyat Malaysia dapat tengok gerhana matahari ini adalah pada tahun 2010.Boleh dikatakan ramai orang yang tak nak lepaskan peluang tengok keajaiban Allah SWT ini disamping turut menunaikan solat gerhana

Fenomena Gerhana Separa yang dirakam menggunakan teleskop di Planetarium Sultan Iskandar di Kuching.Foto oleh Rushdan Manan

 Warga Universiti Teknologi Malaysia juga turut sama tak lepas peluang tengok Gerhana Matahari ini. Foto oleh : UTM
 Solat sunat Gerhana diadakan di Masjid UTM Johor.Foto oleh UTM
SubahaAllah ciptaan Allah. Foto oleh UTM


         Nak tengok gerhana matahari ini, kena guna penapis khas matahari.Kalau korang tengok macam itu aja.. alamatnya rosaklah mata8-|.Tengok macam adik -adik ini pakai cermin mata khas gitu..B-)
Untuk makluman, kalau korang terlepas untuk tengok hari ini, korang perlu tunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk tengok kejadian indah ciptaan Allah SWT ini okay.. InsyaAllah, kalau panjang umur dapatlah kita tengok..Aminn.. [-O<




Monday, 7 March 2016

Resepi Daging Berkeju

Assalamualaikum[-O<

Hujung-hujung minggu ini kemain rajin nak main masak-masak kat dapur.Maka jom kita cuba satu resepi roti lapis daging berkeju ini.Makan panas-panas dengan air kopi..Fuhhh..ngacammm mehh :-j


ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resepi Oleh : Sarimah Md Nor


Bahan-Bahan
  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu segar
  • 8 keping slice Cheese
  • Keju Cedar parut
  • garam secukup rasa

Inti Daging

  • 300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
  • 2 ulas bawang putih ~ cincang halus
  • 1 labu bawang besar ~ di dadu
  • 1/2 peket perencah daging black paper Maggi ( ita guna sos black paper Maggi 2 sudu besar )
  • 1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus ( ita tambah )
  • 2 batang cili padi ~ hiris halus ( ita tambah )
  • 1 batang lada merah ~ hiris halus
  • daun sup dan daun bawang ~ di mayang
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara masak Inti Daging
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
  • Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  • Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
  • Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
  • Masak hingga kering dan daging empuk
  • Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
  • gaul rata
  • Tutup api dan biarkan sejuk
Penyediaan Roti berinti daging 
  • Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
  • Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
  • Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu
  • Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
  • Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
  • Kemudian ratakan inti daging di atasnya
  • Susukan pula slice chese atas inti daging tadi
  • Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti
  • Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
  • Lapisan terakhir letakkan inti daging
  • Kemudian taburkan dengan parutan keju
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Tadaaa... siap sudahh..=D>.Jadi jom kita rasa dengan penuh nikmat.. >:D<.
Selamat mencuba.. :>


 
Images by Freepik