Wednesday, 23 May 2012

I.N.D.I.A

Assalamualaikum[-O<

Hai semua! Salam 1 Malaysia semuanya..;)).Semalam aku ada bengkel scanner baru yang diterima daripada India!.Seperti yang kita tahu, negara India amatlah terkenal dengan kepakaran dunia teknologi maklumat dan diiktiraf keparannya dalam dunia antarabangsa..ohsem gitu kan=D> So, banyak lah juga input aku dapat daripada bengkel ini..bukan senang tau nak korek ilmu kejelitaan eh!silap..ilmu kepakaran IT dia orang nih.So,this is the time!:>

Kalau korang nak tahu, aku agak kagum sebenarnya bila aku dapat tahu Sreelakshmi Suresh seorang budak perempuan yang hanya berusia 8 tahun telah dianugerahkan "International Awards of the Best Web Designing and Presentation"(rujuk sini) Haish, masa umur aku 8 tahun, komputer pun susah nak beli..:-S.

Nak tahu rahsia kepakaran negara India?Meh sini kita review!>:/

Rahsia 1:
Pendedahan awal pembelajaran teknologi maklumat di India telah diserap dikalangan murid-murid semuda 6 dan 7 tahun. Anak kecil sekecil itu telah diajar dengan asas-asas perkomputeran dengan bahasa Inggeris dan mereka tidak gentar untuk melupakan bahasa mereka kerana usaha ke arah pembangunan 2 bahasa berjalan seiring.

Rahsia 2:

Kerja berpasukan. Mungkin rahsia ini diketahuan ramai, tetapi ada satu teknik kerja berpasukan yang unik mereka amalkan.
- Semasa proses pembelajaran di peringkat universiti, ramai graduan IT di India akan berjinak-jinak dengan bidang perniagaan internet. Mereka akan mula mengaplikasikan pembelajaran mereka di dalam hasil kerja yang realistik. Ini hanyaah sekadar suka-suka dan bertujuan untuk memantapkan kemahiran dalam bidang berkaitan. Adakalanya, mereka saling bersaing sesama sendiri untuk menonjolkan kepakaran masing-masing.
- Selepas tamat pengajian, yang cemerlang akan di”pinang” oleh syarikat luar negara dan tak ramai yang mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Ekoran kadar pengangguran di India sangat tinggi, ini telah mendesak mereka untuk berdikari. Graduan mereka akan dihimpunkan sesama mereka dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu. (bukan dibahagikan oleh sesiapa, tapi mereka sendiri yang memilih ahli kumpulan yang mereka suka)
- Setiap kumpulan mempunyai kekuatan berbeza dan setiap ahli mempunyai kepakaran berbeza. Mereka akan duduk di bawah satu nama syarikat usahasama mereka sendiri yang berdaftar.
- Kemudian, setiap ahli akan “bertaburan” ke sana sini melalui ruang maya (internet) untuk bekerja secara bebas (freelance). Dengan harga serendah USD3 untuk satu hasil kerja tidak menjadi rungutan bagi setiap ahli kerana apa yang penting, mereka mesti membawa nama syarikat bersama-sama untuk dipromosikan.
- Cuba bayangkan, satu kumpulan terdiri dari 13 orang dan seorang ahli mendapat purata 3 projek seminggu. Tidak kurang dari 30 hari, syarikat usahasama mereka telah mengumpulkan sebanyak 156 hasil projek sebagai senaraian portfolio.
- Akhirnya, nama syarikat menjadi popular, beberapa projek besar yang dibidakan pasti dimenangi dengan mudah. Kemahiran setiap ahli semakin hari semakin terasah dan tidak keterlaluan jika saya katakan ada yang sudah mencapai tahap pakar.

Rahsia 3

Eksploitasi tukaran Dollar Amerika dan Rupee India yang sangat lumayan. Mereka tidak menjanjikan keuntungan yang tinggi semata-mata, tetapi cukup sekadar untuk sesuap nasi ahli keluarga dan membangunkan syarikat usahasama. Tidak hairanlah jika kita lihat, mereka sanggup menawarkan harga serendah USD1.00 untuk mereka cipta sebuah logo syarikat di luar negara. USD1.00 sudah cukup untuk sepinggan nasi selama selama seminggu.

Hah!so?macam mana?teruja tak?Jadi, kat sini aku simpulkan negara India mempunyai kualiti kerja yang sangat bagus dengan harga yang rendah.#Cukuplah dengan sesuap nasi[-O<




4 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

patut la programmer rmai yg power kat india

LiNda said...

sgt suke dgn rahsia 2 tu, memang bagus dorang ni. Mase study dulu, lecturer pun ade inform yg india mmpunyai kualiti kerja yg sgt bagus, pakai it pun rmai

fana.akim said...

meuz | tau takpe...dia orang sangat ohsem!

Linda | betul tuh..diaorang sangat la bagus..macam bengkel vendor scanner nih kan..start pukul 9 tapi dia sanggup datang pukul 6..mak aihh..pukul 6 kite baru bangun tido kott..huhu

aReLaN said...

baru ku tau.huhuhu..india memang power bab IT kan.

 
Images by Freepik