Friday, 25 November 2011

Amalan 5S di pejabat

Assalamualaikum[-O<


Fuhh, lagi 2 hari je lagi aku nak make sure statistik aku capai.So, terpaksalah speed sikit..tapi sempat jugak aku dok update entri kat sini..Ermm, nak buat macam mana, antara aku dan blog memang tak dapat dipisahkan..ececece:-j.

Tadi baru lepas meeting, dalam meeting tuh ada lah disebutkan beberapa perkara termasuklah untuk melaksanakan amalan 5s.Erk??5s?:-SMak aihh..dengan meja aku berselerak macam tongkang pecah masak aku kalau nak buat 5s#:-S.

Opps..korang tau tak 5s tuh apa?hah, maybe dah ramai lah kot yang tahu and mesti korang dah terlebih dulu laksanakan amalan 5s nih betul tak?/:).Pada yang tak sure and still samar-samar lagi meh aku nak kasi cerita sikit apa ke mende nya amalan 5s ni;))

Ok, konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Kalau kat Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam dah mula dah mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Hah, apa benda pula yang banyak-banyak "S" plak tuh?sampai 5 pulak..:-?Ok, jom cekitdout ringkasan dibawah>:/ :

::Boleh click untuk bagi nampak besar::


Hah, so korang faham dah?:-w.Kalau dah faham baguslah.Amalan 5s ini sebenarnya mudah je, jangan bagi complicated nak berhias bagai-bagai sampai jadikan office or organisasi korang tuh macam sekolah tadika.Cukup lah dengan kemas dan mudah!:)>- and jangan pandai gebang je cakap, mesti buat juga ok;))

Sekian@};-




5 comments:

Leods said...

sekolah tmpt kami mmg da amalkan pon 5S tu...

faizulosman said...

ooo... mcm tu... lain kali klu org bg tahu pasal 5s da paham da...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/tiba-tiba-rindu-kmns.html

Syukri_Own's said...

byk dipratikkan di skool... skool kita smpai reka lagu 5s jadi dikir barat punya lagu...haha...

aReLaN said...

besenya kilang jepon je buat 5S ni.hahaha..bdk grad jpon sndri pn kdg2 lpe apa S yg 5 biji tu. :p

kman said...

perkongsian yang amat baik.Tahniah..layari http://kmanblog.com untuk perkongsian yang sama berkaitan 5S

 
Images by Freepik