Tuesday, 3 January 2012

Resepi | Ayam Kukus Tomato

Assalamualaikum[-O<

Time for lunch!Agak-agak nak masak apa ye untuk lunch.Ialah mesti jemu je kan asyik-asyik lauk yang sama jee...(:|.Jom kita cuba resepi kat bawah ini! 


Bahan-bahan:

• 5 ketul kepak ayam
• 1/2 cawan sos cili
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 ulas bawang putih (kisar)
• 3 ulas bawang merah (kisar)
• 2 cm halia (kisar)
• Garam dan gula
• Aluminium foil

Cara Menyediakan:

1) Bersihkan kepak ayam dan ketepikan.

2) Gaulkan kepak ayam dengan sos tiram, sos cili, bawang putih, bawang merah dan halia, garam dan gula sehingga rata dan perap selama setengah jam.

3) Bungkus dengan aluminum foil dan kukus selama sejam sehingga masak.

* Kurangkan penggunaan garam dan gula. Boleh gunakan bahan perisa asli seperti lada hitam atau lada putih. 

Selamat mencuba!:)>-

babai @};-




No comments:

 
Images by Freepik