Assalamualaikum
Entri kali ini mungkin panjang dan letih korang nak baca.Well, it's up to you guys.Aku hanya nak share dengan korang luahan seseorang dimana aku tafsirkan mewakili semua iaitu yang masih belum lagi dikurniakan zuriat.Inilah hakikatnya,diharap korang semua dapat mengerti dan sama-sama kita doakan yang terbaik antara kita semua.Aminn..
SESUNGGUHNYA SAYA BERHATI WALANG
" Tahu maksud hati walang?
Dari Pusat Rujukan DBP antara maksud hati walang adalah bersedih, hiba, dukacita, gelisah, suram, rawan dan semua yang semaksud dengan kesedihan.
Kami berhati walang.
Lama aku berniat nak tuliskan entry
sebegini. Dalam fikiran, entry begini patut diletakkan dalam 'rumah'
khas itu tapi kali ni aku rasa seharusnya aku kongsi dan luahkan di
sini. Sebaiknya perasaan walang ini sesekali dikongsi bersama.
Kami berhati walang.
Kami tahu kami kuat utk hadapi semua
ini, kerana itu lah kami di pilih. We're the chosen one. Walau berhati
walang, tapi kami lah yg dipilih untuk menghadapinya oleh Allah. Kami
redha kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ini juga
anugerah. Bukan semua dapat merasai dugaan ini. Bukan semua mampu
menangkis persoalan 'bila nak dapat anak?' 'bila nak mengandung?' 'bila
nak ada baby'. Seawal sebulan dua usia perkahwinan lagi soalan itu
ditanya. Diteruskan hinggalah usia perkahwinan menginjak ke satu tahun.
Satu usia yg pada orang lain sepatutnya sudah mula mengendong bayi
sendiri. Tapi tidak pada kami. Kami yang berhati walang. Dimana saja
soalan itu ditanya. Ketika sama-sama memilih lauk di cafe, disinggung
bahu - soalan itu lah ditanya. Ketika dalam lif untuk naik ke tingkat
masing-masing, masih sempat bertanya. Di depan cermin di dalam tandas.
Dimana saja ada peluang. Apa jawapan utk bila? bila? bila? Kami yang
berhati walang sememangnya tiada jawapan pada persoalan bila itu. Apa
mampu kami jawab? Ada kalanya kami hanya tersenyum sumbing. Adakala kami
melontarkan sedikit kata-kata sinis bilamana tak tertahan lagi. Tapi,
jauh di sudut hati, sememangnya walang dengan soalan itu. Jadi, tidak
semua berpeluang untuk menjadi tempat yang ditujukan soalan itu. Hanya
kami, yang berhati walang, tapi semangatnya kuat. Allah berikan dugaan
pada kami.
Kami berhati walang.
Allah itu Maha Mengetahui. Ketika
menemankan emak di hospital 2 bulan lepas, berkenalan dengan seorang yg
duduk di sebelah katil mak. Kelihatan dia agak sihat. Menurutnya, dia
pregnant dan bleeding. Masuk hospital utk diberi pengawasan. Apa yang
memeranjatkan ini adalah kali ke4 dia mengandung, dan anak hanya ada
seorang. Maksudnya. 4kali pregnant dengan 2kali keguguran, hanya satu
yang berjaya dilahirkan dan kandungan keempat ini pun perlu berjaga
jaga. Di tahan di wad, sentiasa 'diseluk' oleh doktor. Aku terdiam
seketika. Ujian nya lebih berat dari aku. Kalo jadi pada aku entah lah.
Menahan sakit itu satu, menahan kekecewaan keguguran? Sebab itu lah
Allah turunkan ujian sesuai dengan kemampuan kita.
Kami berhati walang.
Terkadang kami rasa semangat kami
hilang bila melihat seorang demi seorang rakan yang turut sama naik
pelamin telah mula menambah anak. Yang kawen setahun selepas pun anak
dah pandai membaca ABC. Bukan itu saja, yang kawen selepas empat tahun
kami berkahwin pun sedang menunggu hari menyambut kelahiran bayi. Apatah
lagi, yang seangkatan sama sebaya semuanya telah update status 'tak
sangka anak dah masuk darjah 1' awal Januari lalu. Hiba rasanya melihat
status sebegitu. Terasa sungguh kekurangan diri ini. Hati yang walang
bertambah walang. Tapi.. ingat.. kami adalah yang terpilih. Mereka tak
merasa begini, sebab ini bukan 'nikmat' Allah berikan pada mereka.
Sabar. Pasti ada hikmahnya.
Kami berhati walang.
Tersentuh rasa hati bila ada yang
mengatakan 'ini mesti orang yang takde anak yang cakap ni' tatkala ada
isu yang membuat hati ibu sensitif. Kami yang berhati walang ini
dijadikan mangsa. Adakah orang yg ada anak semuanya berhati mulia, tak
pernah menuturkan sesuatu yang luar jangkaan. Yer, kami memang tiada
anak, tapi kami bukan tiada perasaan belas. Perasaan ihsan. Perasaan
kasih. Mana mungkin kami tega, senang lenang melihat anak-anak yang
sakit, yang menderita. Mungkin tak sengaja. Tapi... seeloknya jangan lah
menuduh terus kepada kami yang tiada anak ni sepertinya kami ini
langsung tak punya peri kemanusiaan.
Kami berhati walang.
Cakap siang pandang-pandang, cakap
malam dengar-dengar. Ada sesetengahnya mungkin tak terniat untuk
mewalangkan hati kami, tapi kami mohon, fahamilah, tidak banyak sedikit
pun sudah cukup. "Sejak ada anak, langsung tak berpeluang menonton tv.
Anak asik nak tgk katon" balas sang rakan ketika kita asyik bercerita
tentang drama bersiri yg kita ikuti. Kami berhati walang. Terkadang kami
sensitif. Terkadang kami tersilap tafsir. Menafsirkan kata-kata
tersebut hanya nak menyampaikan yang kami tiada anak ni punya lebih
masa. Lebih baik ada anak dari menghabiskan masa menonton, begitu?. Kami
berhati walang. Tersentuh hati tiba-tiba. Tapi, aku sendiri baru je ke
rumah teman karib zaman sekolah. Jam di dinding menghampiri jam 5 petang
sewaktu aku tiba ke rumahnya. Melihat di skrin tv - One HD. Bukan
Disney Channel mahupun Ceria. 2 orang anaknya, seorang 7 tahun dan
seorang 4 tahun - asik bermain sesama sendiri. Katanya "aku suka tgk
citer Korea ni, susah nak tgk waktu lain sbb mmg dia takde ulang dah".
Sambil melayan kami sebagai tamu, matanya tak lepas dari menonton cerita
kegemarannya itu. Dalam perjalanan pulang, kami suami isteri sempat
bercerita sesama sendiri "anak dia tak kesah nak tgk katon pun yer". Itu
kisah sahabat aku. Kisah abang aku juga begitu. Anaknya didisplinkan
utk menonton karton hanya pada waktu siang. Dan malam remote hanya di
bawah kawalan ayah mereka. Anak kita - kita yang mencorakkan. Yer, aku
tahu, pasti ada yg mencemuh "tiada anak, kau boleh cakap lah"
Terpulang.. terkadang kita tak boleh angkuh dengan apa yg kita ada.
Kami berhati walang.
Memang. Kami ini boleh dikategorikan
sebagai terlalu sensitif. Cakap macam tu pun tak boleh, cakap macam ni
pun tak boleh. Sentap. Terasa. Tahu program Kembang Sa-Taman yang pernah
disiarkan di Astro Warna - memaparkan kisah keluarga yang takde anak?
Digambarkan suami isteri asik berlari2 sekeliling rumah. Lama kelamaan
menjadi bosan. Si bapa mertua pula belikan jamu utk dimakan oleh si
isteri. Pada yang bukan berhati walang seperti kami, kisah itu kisah
biasa. Sekadar lawak jenaka. Tak perlu diperbesarkan. Tapi, bagi kami,
ini sesuatu yang membuat hati kami bertambah walang. Mengapa digambarkan
begitu. Kami tidak se bangang itu yg asik berlari2 keliling rumah.
Ingat kami tak berusaha?
Kami berhati walang.
Kami tak meminta apa-apa. Cuma, mohon,
fahami lah kami. Jangan lah ada perasaan angkuh dengan kami. Janganlah
cuba membandingkan sesuatu cerita yang lain dengan anak. Janganlah bila
ada cerita berkenaan novel, anak juga diceritakan. Janganlah bila ada
cerita tentang makan meatball di IKEA, anak juga diselitkan. Kami tahu,
harus lah insan normal bangga dengan rezeki Allah itu. Anak, siapa tak
bangga. Tapi, itu juga rezeki dan nikmat dari Allah yang boleh ditarik
dalam sekelip mata. Kiranya ditafsirkan bahasa lain bilamana ada yang
berkata 'dah ada anak, tak sempat nak membaca novel' seolah menyesal ada
anak dan tidak dapat membaca novel? Orang lain ada yang beranak pinak,
sempat saja baca. Itu yang terkadang aku tafsirkan, ada sesuatu yang
ingin diperbandingkan. Tak boleh nak buat sesuatu hanya kerana ada anak.
Kasihan.
Kami berhati walang.
Mungkin, ada yang terasa hati dengan
penulisan kali ini. Ada yang mencemuh. Mencebik. Mengatakan aku ni
terlalu sensitif. Sentap. Tapi, sebenarnya persekitaran ini lah yang
membuatkan kami berhati walang ini makin sensitif. Tiada anak diandaikan
seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi
golongan yang cacat.
Kami berhati walang.
Pada yang mendoakan kami agar kami
berpeluang menjadi ibu dan bapa, kami ucapkan terima kasih tak
terhingga. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Kami juga teringin nak
rasa bagaimana tak sempatnya nak baca novel bila dah ada anak, kami juga
tak kesah tv kami di conquer oleh siaran 611, 612, 613 dsbnya, kami
juga tak kesah bila kami tak dapat makan meatball lagi, kami juga
teringin nak bawa anak-anak berjalan bila hari cuti. Siapa tak sedih,
bila melihat rakan seangkatan sudah menghantar anak ke sekolah.Tapi
kami.. masih menghitung hari, masih ke sana sini berusaha untuk
mendapatkan anugerah berharga itu. Sebak bila semuanya dibandingkan
dengan anak. Kami tahu kami tiada anak. Kami tahu kami tidak pernah
merasai nikmat mengandung, melahirkan. Kami tahu kami tak pernah bangun
malam menyusukan anak. Kami tahu, kami masih belum berpeluang untuk itu
semua. Kami mohon juga, terkadang jangan lah terlalu membandingkan
anugerah yang kami masih belum berpeluang itu dengan segala apa yg ada
di dunia ini. Kami tahu, ianya tak ternilai. Memang tak ternilai. Jadi,
kami mohon, usah dibandingkan lagi. Sememangnya ianya tak sama dengan
keseronokan membaca novel, keseronokan pergi bercuti, keseronokan
menonton wayang dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini. Aku
yang berhati walang ini bersungguh memohon.
Sememangnya, kami berhati walang kerana masih belum belum diberikan peluang menjadi ibu dan ayah. Tapi kami tahu, kami antara yang terpilih. Kami kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan ini. Luahan dari yang berhati walang. "
Salam.. :)
2 comments:
Tersentuh cik mah bc...huhu....kuatkan semngt dear...allah mnduga kerana kita mampu...allah nk kita sentiasa ingt n berdoa padanya...minta doa sebnyknya....
thanks cik mah.. In syaa ALLAH semoga saya tabah.. :)
Post a Comment