Assalamualaikum
Hari ini aku nak share dengan korang tentang seorang lelaki biasa yang mengharungi kepahitan hidup dia.Seriously kisah hidup dia ni memang menyentuh hati aku.Bayangkanlah macam mana kalau kita terpaksa hidup kat tepi-tepi jalan,tangga and di tandas awam.Kat situ lah tempat tidur kita, kat situ lah tempat makan kita..berpanas, berhujan pada usia yang sangat muda seawal 5 tahun! Macam itu lah kehidupan Choi,Sung-Bong yang nekad untuk menyertai competition nih walaupun pada mulanya dia rasa tak yakin tapi disebabkan keinginan dia untuk berjaya sama seperti orang lain dia nekad!
Jom kita tengok dulu video kat bawa nih
Jom kita tengok dulu video kat bawa nih
Well, apa pendapat korang?Aku harap video ini dapat memberi pengajaran dan motivasi kepada kita semua untuk lebih berjaya. Walaupun hidup dalam keadaan yang sangat daif, tak mematahkan semangat lelaki ini untuk mengubah hidupnya.Mungkin situasi di Malaysia berbeza jika kita nak bandingkan dengan negara-negara lain yang mana mereka tidak memandang kepada kelulusan semata-mata malah lebih mengambil kira dan menghargai mereka yang mempunyai bakat, kreativiti atau idea.Tengok jelah tokoh-tokoh yang sedia ada seperti:
Louis Braille
Louis Braille tidak pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya. Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille?
THOMAS ALVA EDISON
Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:
"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."
Si-ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”
Siapa yang sebelumnya menyangka bahwa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius? Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera? Jawabannya adalah ibunya! Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam kelam!
Hebat kan.Sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh hebat yang bermula daripada bawah.Siapa sangka orang yang kita anggap tak pernah ada masa depan akhirnya berjaya dan namanya tercatit sebaris dengan golongan orang yang berinovasi!
Jadi, pengajaran kepada kita semua, janganlah kita memperendahkan orang lain hanya kerana dia tak bijak dalam matematik, sains, atau apa saja sebab tak ada apa siapa yang dapat menjangkakan masa depan kecuali Yang Maha Berkuasa

Don't Judge a book by its cover!
Berikut adalah terjemahan lagu yang dinyanyikan oleh Choi,Sung-Bong
Berikut adalah terjemahan lagu yang dinyanyikan oleh Choi,Sung-Bong
Terjemahan Bahasa Inggeris ke Nella Fantasia (lagu Itali bahawa dia
menyanyi):
Dalam imaginasi saya, saya melihat sebuah dunia yang adil,
Semua orang hidup dalam keadaan aman dan secara jujur di sana.
Saya mengimpikan jiwa yang sentiasa bebas,
Seperti awan yang terbang,
Penuh dengan manusia di kedalaman jiwa.
Dalam imaginasi saya, saya melihat sebuah dunia yang cerah,
Walaupun malam adalah kurang gelap di sana.
Saya mengimpikan jiwa yang sentiasa bebas,
Seperti awan yang terbang.
Dalam khayalan saya, wujud angin panas,
Yang bernafas di bandar-bandar, seperti rakan.

Babai
3 comments:
diri kita ni Allah cipta ada kelebihan tertentu walaupun kelebihan tu mungkin xmampu nak menggoncang dunia... perrcaya dan yakin lah dgn diri sendiri..
wahh! thanks for info. semua orang ada kelebihannya sendiri :)
that the way we are.. be ur self n move forward.. u can do it..
Post a Comment