Thursday 22 August 2013

Accident sehari sebelum Raya Aidilfitri

Assalamualaikum[-O<

Sorry guys! mood raya still on even dah naik kerja, tapi mood nak buat kerja itu memang ke laut same like bloging.Aku tau korang pun macam tuh juga kan..kan..hehe ;)).Ok, actually banyak benda nak cerita kat blog, mana taknya banyak cerita kan..kalau dah nak masuk sebulan dah aku tak up story kat sini..;)) 

It's ok..kita cerita satu-satu okay!
Raya tahun ini, aku rasa paling tragik sekali sebab lagi sehari nak raya laki aku Taqim accident.Syukur alhamdulilah, takda kecederaan yang melampau.[-O<.
Ceritanya begini..on 6th August tuh, kita orang still kerja lagi..and aku awal-awal lagi dah amik half day on that day..even dia pun dapat perlepasan dari bos.So, we decide nak balik kampung terus kat Negeri Sembilan sebab nak buka puasa kat sana je.Then, my plan is aku akan amik dia kat Putrajaya so that dia tak payah bawa motor balik rumah.. just parking je kat office.Tapi dek kerana kedegilan dia..dia bawak jugak motor tuh, and dalam masa yang sama aku dah on the way pergi office dia kat Putrajaya and keep calling dia..untuk remind tak perlu bawak motor.. tapi tak angkat pun..lebih 20 kali rasanya missed call.[-)
Sampailah aku dah sampai kat office dia..akhirnya baru berangkat call dari dia..Aduhai.. ayat pertama aku adalah of course 
"kenapa tak jawab call?saya call banyak kali dah..awak ada kat mana??"
nak tau apa dia jawab?
"saya accident ni.."
respond aku?
" haa! awak jangan nak main-main la! bulan-bulan puasa nih..saya dah sampai office awak dah nih nak amik awak..bla..bla..bla..:-@
laki aku : "betul la..tak percaya cakap dengan abang ini.."
abang (orang awam) : "cik! husband cik accident nih..ini betul-betul..bukan main-main.."
aku: haa??yeke? Ya Allah..kat mana? (baru nak panic!)
abang(orang awam) : kat jalan reko ini..tengah tunggu ambulance sampai..
aku : Ya Allah.. ok2 takpe.saya ke sana.. (double tripple panic!!!) 

Hamik kauu.. panic aku dibuatnya.. aku tak boleh bayangkan dah perasaan aku masa tu.. terus aku call mak dia..sebab dia suruh mak dia datang.. panic jugak orang tua tuh.. terus dari kampung datang hospital.Yang aku ini pulak, call la kawan dia yang satu office dengan dia nak mintak tolong temankan..kejap lagi kawan dia takda kat office pulak uruskan pasal anak..Adoiyaii..Aku pun call adik aku yang kerja kat Kajang mintak teman aku before dia nak balik Johor petang tuh #nasib baik sempat dia naik bas hari tuh#:-S. Punyalah aku tak fokus pada pemnaduan aku dok terkenang-kenang macam manalah laki aku..haish, macam-macam andaian..phone aku pulak, tak henti-henti bunyi lepas sorang..sorang adik beradik dia call tanya macam mana keadaan dia.Nasib baik ada adik aku temankan..kalau tak entah kemana-mana jelah aku bawak kereta..thanks to you sis!>:D<

Sampai je Hospital Kajang..aku belum boleh jumpa dia lagi.. hampir 1 jam jugak la aku tunggu kat luar bilik X-ray tuh..then dia keluar, masuk pulak kat satu wad kecemasan ini.Sementara tuh, sempat la jugak aku jumpa dia..tapi tak dapat cakap apa-apa pun sebab keadaan masa tuh macam kelam kelibut..dengan abang dia lagi..adik dia lagi.. so, dia hanya cakap dengan abang dia..ok fine! Masuk wad kecemasan tuh pun abang dia yang masuk sebab hanya sorang je yang dibenarkan masuk.ok..ok..*tahan perasaan.Think positive! Then, hampir 2 jam jugaklah aku tunggu kat luar wad kecemasan tuh, sementara nak tunggu doktor checkup dia.. Dalam masa yang sama..mak ayah mertua aku pun sampai.. bersekali dengan anak-anak dia yang lain.. we all masa tuh, keep waiting je sampailah tetibe laki aku keluar sendiri daripada wad kecemasan tuh..
Masa tuh, dalam hati aku Alhamdulilah..Syukur..[-O< dia masih lagi boleh berjalan and senyum keluar dari wad kecemasan tuh..

Haish, benda nak jadi kan.. redha jela..nak tahu sebab apa laki aku boleh accident?
sebabnya dia terlanggar tangga yang jatuh dari lori..melambung juga la laki aku, and guest what..lori tuh cabut lari tanpa sempat nak amik balik tangga dia.. nasib baik ada orang awam macam abang tuh tolong..siap bagi sumbangan RM50 lagi kat laki aku.Thanks to him!:)>-

And the funny part is kawan dia tak percaya yang dia accident..bila aku bagitahu barula nak percaya.So, nampak tak kat situ laki aku suka main-main..even aku sendiri pun mula-mula fikir dia main-main..haish!lepas ini jadi pengajaran la ye kat awak.. jangan melawak tak kena tempat..nanti time susah nak mintak tolong orang pun, orang tak percaya kat kita..L-) 

Apa-apa pun syukur alhamdulilah, laki aku selamat..tak ada apa yang serius.. cuma tuhla, pinggang dia terkehel sikit, and tumit rasa sakit..termasuk tangan kiri dia..yang lain-lain..luka terseret jalan kat siku dan tempat-tempat lain..

Inilah tangga yang jatuh dari lori tuh

 So, to all of you..belum terlambat lagi kan nak wish
Selamat Hari Raya!
Maaf andai ada terlanjur perkataan sepanjang aku menulis di sini yang menyinggung perasaan korang-korang semua.
Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah S.WT.
#pray for Syria#pray for mesir#pray for Islam.
turut salam takziah bagi keluarga mangsa kemalangan bas menuju ke Kuala Lumpur dari Genting Highland.
Al-fatiha..[-O<

#Berhati-hatilah dijalan raya..Ingatlah orang yang tersayang..

9 comments:

Orked said...

fana... adoii... kem salam kt hubby ek. moge luke cpt OK pastu xde parut. tp org Laki bukan kesah sgt psL parut kan..huhu

alhamdullillah la xpape. Sya boleh imagine cmne panic nye fana.. selamat ari rayer jugak dear =)

Rina Hamid said...

ya Allah mujur x jadi apa2. syukur. apapun slmt hari raya yer.

fana.akim said...

Sha | alhamdulilah dah ok dah sikit..sebab pergi berurut urat banyak simpul..tapi tangan dia still sakit2 lagi la..tak tau macam mana..apa2 pun thanks dear :)

Norhazrina | Alhamdulilah..Thanks dear :) selamat hari raya jugak! :)

Mell Mariann said...

alhamdulillah la xkena tahan wad.. macam hubby ai je suka main2. bila col kadi gitu tu yg antara percaya xpercaya kan..

fana.akim said...

Mell : alhamdulilah.. tau takpe..kita pun susah nak percaya dia nih main-main ke betul2..huhu

Tinta Lana said...

Salam.

Tell ur hubby, jangan main2 sgt..tgk, wife pun tak caye bila accident,hik3. Ok, part ni kelakar,hehe

Bila jadi camni..salu teringt pesan seorg doktor ni, dia rawat masa 1st time jtuh motor kt uitm lu.

"naik motor ginilah..dua tayar..kita lnggr org,org langgr kita, kita tak lnggr apa2 pun, tyr meletop sndiri pun...kita yg jatuh"

huhuhu

fana.akim said...

lana : haha tau takpe..wife sendiri pon tak percaya apatah lagi orang lain kan..betol2 pengajaran nih.. hehe

betol jugak kate doktor tuh..tapi, kalau naik kereta berhati-hati macam mana pun..kalau orang lain tak berhati-hati..kena jugak..kan..

Bie said...

Innalillah..

moga suami fana cepat sembuh ya..

:)

Salam singgah dari Cik Bie

fana.akim said...

In syaa Allah..thanks bie :)

 
Images by Freepik