Monday, 7 March 2016

Resepi Daging Berkeju

Assalamualaikum[-O<

Hujung-hujung minggu ini kemain rajin nak main masak-masak kat dapur.Maka jom kita cuba satu resepi roti lapis daging berkeju ini.Makan panas-panas dengan air kopi..Fuhhh..ngacammm mehh :-j


ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resepi Oleh : Sarimah Md Nor


Bahan-Bahan
  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu segar
  • 8 keping slice Cheese
  • Keju Cedar parut
  • garam secukup rasa

Inti Daging

  • 300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
  • 2 ulas bawang putih ~ cincang halus
  • 1 labu bawang besar ~ di dadu
  • 1/2 peket perencah daging black paper Maggi ( ita guna sos black paper Maggi 2 sudu besar )
  • 1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus ( ita tambah )
  • 2 batang cili padi ~ hiris halus ( ita tambah )
  • 1 batang lada merah ~ hiris halus
  • daun sup dan daun bawang ~ di mayang
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara masak Inti Daging
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
  • Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  • Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
  • Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
  • Masak hingga kering dan daging empuk
  • Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
  • gaul rata
  • Tutup api dan biarkan sejuk
Penyediaan Roti berinti daging 
  • Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
  • Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
  • Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu
  • Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
  • Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
  • Kemudian ratakan inti daging di atasnya
  • Susukan pula slice chese atas inti daging tadi
  • Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti
  • Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
  • Lapisan terakhir letakkan inti daging
  • Kemudian taburkan dengan parutan keju
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Tadaaa... siap sudahh..=D>.Jadi jom kita rasa dengan penuh nikmat.. >:D<.
Selamat mencuba.. :>


2 comments:

Blog Leo Pluto said...

Wahhh... sodapnya daging berkeju...hihi.. :D

Mustaqim Zahid said...

Pm sis bpe sekeping..

 
Images by Freepik